[BULETIN] TIADA PEMAIN BERGAJI SANGAT BESAR DI ARSENAL

Arsenal-goal-celebration-vs-Manchester-City-Sept-2012Arsenal merupakan kelab utama di Eropah namun tidak memilik sistem gaji yang tinggi seperti kelab-kelab utama yang lain. Jika Lionel Messi di Barcelona menerima gaji setinggi £280,000 seminggu manakala penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo pula memperolehi gaji £275,000 seminggu namun gaji paling tinggi di Stadium Emirates hanya £90,000 seminggu yang diperolehi oleh Lukas Podolski.

Arsene Wenger mengakui dirinya bertanggungjawap dalam sistem gaji pemain di Arsenal termasuk jumlah gaji yang bakal diterima oleh pemain-pemain The Gunners. Pengurus Arsenal berusia 63 tahun yang memiliki sarjana dalam ekonomi menegaskan sangat penting menguruskan pengeluaran gaji dan sentiasa komited dengan tugasnya demi kejayaan kelab.

“Kami tidak mempunyai perbezaan gaji yang ketara antara pemain. Boleh dikatakan kami lebih sosialis,” kata Arsene Wenger kepada The Mirror.

“Kami sememangnya membuat perbezaan tetapi jumlahnya tidak terlalu besar. Kami akan membayar pemain yang bermain dengan kelab ini selayaknya. Tetapi kami tidak memiliki pemain yang bergaji £200,000 seminggu.”

Montpellier-Herault-SC-vs-Arsenal-2012Ketika ini, gaji tertinggi yang diterima oleh pemain Arsenal ialah Lukas Podolski diikuti oleh Jack Wilshere dan Per Mertesacker. Secara puratanya pendapatan pemain-pemain Arsenal adalah sekitar £50,000 seminggu. Namun, Arsenal merupakan kelab ke-4 mengeluarkan perbelanjaan gaji paling tinggi dalam Liga Perdana Inggeris selepas Manchester United, Manchester City dan Chelsea.

Berikut merupakan senarai gaji pemain-pemain Arsenal seminggu (sebelum cukai).

Lukas Podolski – £90,000
Jack Wilshere – £80,000
Per Metersacker – £80,000
Andrey Arshavin – £75,000
Santi Cazorla – £70,000
Thomas Vermaelen – £70,000
Mikel Arteta – £65,000
Alex Oxlade-Chamberlain – £60,000
Laurent Koscielny – £60,000
Aaron Ramsey – £60,000
Andre Santos – £55,000
Olivier Giroud – £50,000
Gervinho Yao – £50,000
Marouane Chamakh – £50,000
Tomas Rosicky – £50,000
Kieran Gibbs – £50,000
Theo Walcott – £45,000
Abou Diaby – £42,000
Bacary Sagna – £40,000
Carl Jenkinson – £35,000
Johan Djourou – £35,000
Wojciech Szcezesny – £23,000
Lukasz Fabianski – £20,000
Francis Coquelin – £10,000
Vito Mannone – £5,500
Emmanuel Frimpong – £5,000

**dikemaskini pada 31 Disember 2012

Incoming search terms:

  • gaji pemain arsenal 2014
  • gaji pemain bola sepak malaysia 2013
  • Senarai Pemain Arsenal 2013
  • permain arsenal
This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply