[BULETIN] PENYOKONG CITY KEMBALIKAN TIKET PERLAWANAN ARSENAL-MAN CITY

arsenal-emirates-stadium-londonMenjelang pertemuan Arsenal-Manchester City di Stadium Emirates, penyokong-penyokong The Citizen telah memulangkan 912 daripada 3000 tiket yang telah diperuntukan kepada mereka. Menurut laporan media tempatan, tindakan penyokong-penyokong Manchester City tersebut lantaran tidak berpuas hati dengan harga tiket yang mahal setinggi £62 di Stadium Emirates.

Arsenal menjual tiket perlawanan Liga Perdana paling mahal dengan harga £126 semantara tiket paling murah berharga £26. Meskipun Manchester City dimiliki oleh jutawan dari Dubai yang berbelanja besar sejak mengambil alih The Citizen namun sebaliknya penyokong juara Liga Perdana Perdana Inggeris musim lalu itu kelihatan lebih menyokong dan mengamalkan pendekatan berjimat-cermat.

“Ia adalah jumlah yang paling mahal untuk tiket pernah saya ingat dalam hidup saya,” Kevin Parker, setiausaha agung Kelab Penyokong Manchester City.

“Ia menunjukkan kelab bola sepak terkeluar daripada realiti. Jika penyokong City pergi dengan bas yang ditaja kelab, ia akan memerlukan kos £30 seorang. Sembilan puluh dua pound itu tidak bermakna apa-apa. Tambahan program, makanan, minuman dan anda mencari sekitar £125-130 seorang.”

preview-manchester-city-vs-arsenalManchester City dianggap sebagai salah satu kelab terkaya di dunia selepas dibeli oleh jutawan Dubai, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan pada 2008 dan telah membelanjakan berjuta-juta dolar untuk menandatangani pemain seperti Sergio Aguero, David Silva, Samir Nasri, Yaya Toure, Mario Balotelli dan ramai lagi. Walaupun perbelanjaan besar-besaran, tiket yang paling mahal di Stadium Etihad ialah £58 dan paling murah £26 menurut kaji selidik BBC pada Oktober.

“Sesetengah orang tidak mampu membelinya, terutamanya kerana ia selepas Krismas dan ada beberapa orang yang enggan membayar £62,” kata Parker mengenai harga tiket Arsenal.

“Ini juga merupakan kali pertama yang saya ingat peminat City berkata kepada saya mereka mampu membayar wang tetapi enggan berbuat demikian.”

Kehadiran yang menurun untuk perlawanan malam ini adalah sesuatu yang jarang belaku kepada City dalam perlawanan di tempat lawan terutama dalam perlawanan-perlawanan penting. Namun berdasarkan rekod, Manchester City tidak pernah memenangi perlawanan di gelanggang Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak 37 tahun yang lalu. Malah, The Citizen gagal menjaringkan gol di Stadium Emirates sejak 2007.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply