[BULETIN] LIAM BRADY BAKAL MENINGGALKAN AKADEMI ARSENAL

Liam BradyArsenal FC mengumumkan bahawa ketua pembangunan remaja dan akademi, Liam Brady telah membuat keputusan untuk meninggalkan tugasannya pada Mei 2014 selepas 25 tahun menabur bakti bersama Arsenal. Kenyataan awal daripada Liam Brady itu adalah bertujuan untuk memastikan Arsenal dapat mencari pengganti yang sesuai dan berkaliber dalam usaha meneruskan kesinambungan dan pembangunan yang berterusan akademi bola sepak Arsenal.

Liam Brady, 56, merupakan bekas pemain tengah Republik Ireland yang membintang skuad utama Arsenal pada era 1970-an dengan melakukan 307 penampilan. Anak kelahiran Dublin, Ireland ini menyertai Arsenal pada 1971 ketika berusia 15 tahun sebelum menandatangani kontrak professional bersama The Gunners pada 13 Februari 1973. Sepanjang bersama Arsenal, Brady membantu menjulang kejuaraan Piala FA pada 1979 dan Piala FA Remaja pada 1971.

Beliau kemudiannya berhijrah ke Itali untukLiam-Brady-Arsenal-lagend beraksi bersama Juventus, Sampdoria, Inter Milan dan Ascoli sebelum menamatkan kariernya bersama West Ham United pada 5 Mei 1990.

Bekas pemain tengah Republik Ireland pernah menjadi pengurus kelab bola sepak kepada Celtic (1991-1993) dan Brighton & Hove Albion (1993-1995) serta pernah menjadi penolong pengurus skuad kebangsaan Ireland kepada Giovanni Trapattoni pada 2008 hingga 2010. Beliau kembali ke Arsenal dengan menyertai akademi dan pembagunan remaja pada 1996.

Liam Brady merupakan pemimpin yang berusaha keras dan bertungkus lumus dalam penubuhan dan pembangunan akademi Arsenal sejak 17 tahun yang lalu yang membantu melahirkan ramai pemain-pemain muda berbakat seperti Jack Wilshere, Ashley Cole dan Kieran Gibbs. Beliau juga menjadi watak penting yang membantu Arsenal menjulang 3 kejuaraan Piala FA Remaja dan membawa pulang semula kejuaraan Liga Perdana Akademi pada 2009 dan 2010.

Ketua pengawai eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis berkata : “Liam (Brady) merupakan seorang yang sangat memahami apa yang dilakukannya dalam usaha mencari dan membangunkan pemain-pemain muda berbakat yang boleh beraksi di peringkat tertinggi.”

“Beliau telah memberikan sumbangan besar kepada Arsenal FC. Sangat sukar bagi kami mencari yang layak sepertinya tetapi kami mungkin boleh mencari seseorang yang mampu meneruskan apa yang dialukan oleh Liam (Brady).”

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply