[BULETIN] EMMANUEL FRIMPONG DIPINJAMKAN KE FULHAM

Emmanuel-Frimpong-vs-West-Brom-Albion+U21Emmanuel Frimpong bakal meninggalkan Arsenal untuk menyertai Fulham secara pinjaman sehingga ke penghujung musim ini. Pemain tengah berusia 21 tahun itu kembali dari tempoh 6 minggu pinjaman bersama Charlton Athletic pada 1 Januari lalu dengan melakukan 6 penampilan bersama The Addicks dalam Liga Kejuaraan. Frimpong menyertai akademi Arsenal sejak berusia 11 tahun pada 2001 dengan membantu menjulang kejuaraan Piala FA Remaja pada 2009.

Pemain muda kelahiran Ghana itu kembali dari episod kecederaan lutut yang serius pada September lalu dengan melakukan 2 kemunculan bersama skuad utama Arsenal dalam saingan Piala Capital One menentang Coventry City dan Reading sebelum dipinjamkan ke Charlton Athletic. Sehingga kini, Frimpong sudah melakukan 16 penampilan dalam skuad utama Arsenal sejak 2011. Emmanuel Frimpong juga pernah dipinjamkan ke Wolverhampton Wanderers pada 1 Januari 2012 dan telah beraksi dalam 5 perlawanan.

Buat Emmanuel Frimpong, selamat maju jaya.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply