[BULETIN] DAVID BECKHAM SERTAI THE GUNNERS

david-beckham-la-galaxyDavid Beckham menyertai sesi latihan bersama Arsenal hari ini selepas kontraknya bersama LA Galaxy tamat pada Disember lalu. Pemain free agent itu  bersetuju menjadi pelan rahsia The Gunners untuk menjalani latihan bersama skuad utama sementara menunggu tawaran-tawaran baru untuk masa depannya. Bekas kapten England itu memulakan latihan di ibu pejabat Hertfordshire untuk membuktikan dirinya masih mampu beraksi di peringkat tertinggi.

Pemain kelahiran London ini mula mencipta nama David-Bechkam-as-England-captainsejak menyertai kelab gergasi Inggeris, Manchester United ketika berusia 16 tahun pada 1991. Bersama Red Devils, lagenda United itu berjaya melakukan 395 kemunculan dengan menjaringkan 85 gol sepanjang 11 musim.

David Beckham kemudiannya menyertai Real Madrid pada musim panas 2003 dengan menghabiskan tempoh 5 musim bersama The Galacticos dengan beraksi dalm 155 perlawanan.

Pemain muda terbaik Liga Perdana Inggeris 1996/97 ini meneruskan karier bola sepak bersama kelab Major League Soccer (MLS), LA Galaxy pada 11 Januari 2007.

Bersama skuad kebangsaan England, pakar sepakan percuma ini memiliki 115 caps antarabangsa sejak memulakan debut bersama The Three Lions pada 1 September 1996. David Beckham merupakan antara ikon bola sepak dan selebriti yang dikenali di seluruh dunia turut terlibat bersama delegasi England dalam usaha membida Piala Dunia 2018.

David Beckham dilaporkan mengadakan perbincangan dengan beberapa kelab utama termasuklah Paris Saint-Germain dan AC Milan selain kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United serta Queens Park Rangers. Sementara itu, pengurus Arsenal nyata gembira dengan sikap profesional Beckham yang cemerlang dan pengaruhnya terhadap pemain-pemain muda Arsenal. Minggu lalu, ketiga-tiga anak lelaki Beckham, Brooklyn, Romeo dan Cruz mula menjalani latihan bersama akademi remaja Chelsea.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply