[BULETIN] ARSENE WENGER MAHU MENINGGALKAN ARSENAL

Arsene-Wenger-want-to retiredArsene Wenger memberi bayangan bahawa sudah tiba masanya untuk dirinya menamatkan perjalanan kerjayanya selaku pengurus Arsenal. Ketibaan pengurus berbangsa Perancis di Highbury pada September 1996 berjaya mengubah Arsenal menjadi antara kelab utama yang digeruni di Eropah. Selepas lebih 16 tahun bersama The Gunners, kini Wenger memberi isyarat agar pengurusan Arsenal mencari penganti bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan olehnya.

“Masa saya bersama Arsenal sudah hampir tiba ke penghujung,” kata Arsene Wenger kepada tribalfootball.com.

Inilah saatnya. Kerana saya kini berumur 63 tahun dan tidak mungkin saya bekerja sampai ke usia 100 tahun. Memang ini bukan perkara penting. Yang paling penting ialah apabila saya berada di sesuatu kelab, saya akan melakukan yang terbaik.”

“Berapa lama saya harus kekal di sini? Saya mempunyai kontrak sehingga 2014 dan sentiasa menghormati kontrak saya.”

“Apa yang paling penting ialah memastikan hala tuju kelab berada di landasan terbaik. Kami memiliki barisan pemain muda yang memiliki kualiti yang hebat dan membantu mengubah kualiti mereka kepada keputusan perlawanan yang baik.”

“Jangan lupakan apa yang berlaku tahun lalu di mana kami menamatkan di kedudukan ke-3 (Liga Perdana Inggeris). Selama mana ia tidak menjadi bencana, itu bukan perkara yang buruk untuk masa depan kelab,” kata Wenger lagi.

Sepanjang bersama Arsenal, pengurus berbangsa Perancis itu berjaya menjulang 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 4 trofi Piala FA dan 4 Perisai Komuniti selain turut dipilih selaku jurulatih terbaik sedekad (2001-2010) oleh IFFHS. Namun, Arsene Wenger gagal membantu The Gunners memenangi sebarang kejuaraan sejak 7 musim yang lalu.

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply