[BULETIN] ARSENAL BERHAK UNTUK MENANG – MICHAEL LAUDRUP

michael-laudrupp-swansea-managerPengurus Swansea, Michael Laudrup mengakui pasukanya berhak untuk tewas kepada Arsenal dalam perlawanan ulangan pusingan ke-3 Piala FA awal pagi tadi. Jaringan tunggal pemain tengah, Jack Wilshere pada minit ke-87 sudah cukup membawa Arsenal mara ke pusingan ke-4 bertemu dengan Brighton & Hove Albion pada 26 Januari ini. The Dane mengakui penguasaan Arsenal sepanjang perlawanan walaupun cuba disaingi oleh barisan pemain bimbingannya.

“Pada separuh masa pertama tambak lebih seimbang, mereka (Arsenal) lebih sedikit dalam penguasaan bola tetapi kami berada pada tahap yang sama,” katanya kepada Sky Sports News.

“Pada separuh masa kedua mereka tampil pasukan yang lebih baik, mereka layak untuk menang dan selamat berjaya dalam kejohanan ini.”

“Mereka menghasilkan banyak perluang dan menekan kami, dan kami bertahan dengan baik tetapi gagal untuk melepasinya. Ia sesuatu yang hebat menyaksikan Michel Vorm kembali ke prestasi terbaiknya dan menyelamatkan banyak percubaan.”

Pengurus Swansea menegaskan bahawa pasukan beraksi lebih baik dalam perlawanan di Stadium Liberty pada 8 Januari lalu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2. Sementara itu, Michael Laudrup mengakui potensi besar yang dimiliki oleh pemain yang menjaringkan gol kemenangan Arsenal, Jack Wilshere namun perlu beraksi di peringkat tertinggi untuk menjadi pemain berkelas dunia.

“Dia (Wilshere) memiliki potensi besar dan boleh menjadi pemain-pemain yang hebat. Jangan terlalu memberi tekanan kepadanya. Untuk menjadi pemain berkelas dunia, dia perlu beraksi di peringkat tertinggi. Kita berbicara mengenai pemain berusia 21 tahun dan bersedia untuk menjadi yang terbaik,” kata Laudrup lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply