[BULETIN] ABOU DIABY SEDIA KEMBALI DALAM KESEBELASAN UTAMA

Diaby-back-on-Arsenal-vs-West-Brom-U21Abou Diaby kembali beraksi bersama skuad simpanan Arsenal selama 65 minit menentang West Brom B-21 semalam. Pemain berusia 26 tahun ini diketepikan lebih 3 bulan kerana kecederaan paha dalam perlawanan menentang Chelsea yang digantikan oleh Oxlade-Chamberlain pada minit ke-17. Kehilangan Diaby jelas dirasai oleh The Gunners yang dihimpit prestasi tidak menentu sejak mengalami kekalahan pertama di tangan Chelsea pada 29 September 2012 yang lalu.

Pemain tengah Perancis ini berjaya menampilkan aksi bertenaga dengan mencipta ruang buat Andre Santos meledak gol dalam perlawanan menentang West Brom B-21 kelmarin sebelum digantikan oleh Conor Henderson pada minit ke-65. Jurulatih skuad simpanan Arsenal, Terry Burton memuji persembahan yang dipamerkan oleh Abou Diaby yang banyak membantu persembahan barisan muda Arsenal itu.

“Saya boleh katakan dia (Abou) melakukan dengan baik. Saya membawa dia dan Jenkinson bersama skuad kami,” kata Terry Burton.

“Diaby berada dalam perlawanan dan mula menyesuaikan diri dengan persekitaran. Dia menguasai bola dan mengawal perlawanan. Dia mampu memperlahankan dan melajukan tempo permainan.”

“Saya rasa dia sangat bagus. Semoga kepulangan dia akan meningkatkan persembahan Arsenal.”

Musim ini, Abou Diaby cuma melakukan 6 penampilan bersama skuad utama Arsenal sebelum kembali dihimpit kecederaan. Pemain kelahiran Paris ini sering dibelenggu masalah kecederaan berulang termasuk disisihkan hampir sepanjang musim lalu kerana kecederaan. Semoga kelebihan fizikal dan keupayaan merobek pertahanan lawan dapat dimanfaat oleh Abou Diaby sekaligus memberi kekuatan kepada The Gunners.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply