[BERITA] K. RAJAGOPAL MENGHADAPI MASALAH KECEDERAAN PEMAIN YANG SERIUS

sesi-latihan-skuad-kebangsaan-kelayakan piala-asia-2015Menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada 6 Februari ini, Datuk K. Rajagopal kini berdepan dengan situasi masalah kecederaan pemain paling buruk sejak membimbing skuad kebangsaan pada 2009. Paling membimbangkan masalah serius jentera serangan ekoran kecederaan buku lali yang menimpa Mohd Safee Sali sementara gandingannya, Norshahrul Idlan Talaha masih 50-50 akibat kecederaan hamstring. Syarizan Saad pula juga terpaksa pulang kerana mengalami kecederaan pangkal paha.

Situasi ini menyaksikan Harimau Malaya kini hanya mempunyai 4 pemain yang benar-benar cergas iaitu Khyril Muhymeen Zambri, Norfarhan Muhamad dan Mohd Amri Yahyah serta penyerang yang sedang meningkat naik, Mohd Fauzi Roslan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Iraq pada Khamis ini di Dubai sebelum berdepan Qatar di Doha bagi perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 pada 6 Februari depan. Terbaru, K. Rajagopal turut memanggil penyerang Perak, Abdul Hadi Yahya.

“Jika tidak silap saya, inilah keadaan paling teruk yang alami sejak membimbing skuad negara,” kata K. Rajagopal ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan
semalam.

“Semalam (kelmarin) saya panggil Shahrizal tapi dia cedera, saya mahu panggil Baddrol Bakhtiar dalam senarai menunggu, dia juga cedera. Saya tiada pilihan, saya harap Hadi akan bersama pasukan.”

“Situasi kecederaan pemain kali ini lebih teruk berbanding ketika Sukan Asia (Guangzhou 2010). Kali ini membabitkan ramai pemain utama dan ini mengganggu persiapan kita.”

“Saya bukan mahu memberikan alasan tapi inilah realiti yang kita perlu hadapi di mana kita akan menghadapi lawan dalam tahap berbeza dengan barisan pemain yang kita ada sekarang.”

Selain itu, kapten kebangsaan Mohd Safiq Rahim turut tidak beraksi kerana menjalani pengantungan  perlawanan. Beberapa tonggak Harimau Malaya yang lain termasuk Wan Zack Haikal, Gary Steven Robbart, S. Kunalan, Baddrol Bahktiar, Bunyamin Omar, Mohad Zubir Azmi, Fitri Syazwan Omar, dan K. Gurusamy turut diketepikan kerana kecederaan.

Ketika ditanya adakah masalah kecederaan pemain skuad kebangsaan ini disebabkan jadual liga tempatan yang padat, Rajagobal berkata: “Saya fikir anda sepatutnya tahu, saya tidak mahu memberi penjelasan, mungkin. Semua orang perlu bertanggung jawab, ini bukan situasi yang mudah.”

Sejak Liga M bermula awal bulan ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan telah bermain tujuh perlawanan dalam 21 hari manakala pasukan lain mengharungi enam perlawanan dalam tempoh 18 hari.

This entry was posted in Berita and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply