[BERITA] FAKRI SAARANI MENGIKAT KONTRAK SELAMA 6 BULAN BERSAMA ATLETICO SC

Ahmad Fakri Saarani membuktikan kemampuan dirinya apabila berjaya mengikat kontrak selama enam bulan bersama kelab yang berpangkalan di Reguengos Monsaraz, Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico SC). Namun, penyerang Harimau Malaya berusia 23 tahun ini perlu bersaing dengan lima lagi penyerang lain untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama termasuk penyerang import kelab tersebut, Jony (Sao Tome and Principe).

Penyerang kelahiran Kelantan ini dijangka akan memulakan aksi sulung bersama Atletico SC menentang pasukan U. Montemor di Stadium de Maio hujung minggu ini. Lebih menarik lagi, pasukan U. Montemor merupakan pendahulu Liga Divisyen Tiga Siri F dan Fakri sudah tentu akan mendapat pengalaman berharga jika diturunkan menentang antara pasukan terkuat dalam liga tersebut.

Meskipun tidak akan diturunkan dalam kesebelasan utama, namun pengurus Fakri Saarani, Faizal Zakariah berharap penyerang kebangsaan itu diberi kepercayaan untuk beraksi 5 atau 10 minit dalam penampilan pertama bersama Atletico SC yang dilihat memiliki peluang cerah untuk melonjak ke Divisyen Dua musim hadapan.

“Setakat ini dia (Fakri) berada dalam senarai pasukan yang akan beraksi dalam perlawanan tersebut tetapi peluangnya untuk bermain dalam kesebelasan utama agak sukar, kata Faizal Zakariah ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

“Namun ketua jurulatih, Eduardo Almeida dan penolong, Paulo Simao dan Pedro Canelas sedar akan kemampuannya,”

“Dia mempunyai keyakinan, malah pasukan yang diwakilinya juga mempunyai peluang cerah untuk melonjak ke Divisyen Dua musim depan dan itulah tujuan sebenar mengapa mereka mengambil Fakri.”

“Fakri akan bermain sebagai pembantu penyerang dan dia satu-satunya pemain dari Asia yang beraksi bersama kelab tersebut yang lain kebanyakannya dari benua Afrika seperti, Guine-Bissau, Tanzania, Senegal dan Sao Tome and Principe.”

Menurut Faisal Zakariah lagi, kualiti permainan liga di Portugal tersebut sama dengan Liga Super di Malaysia namun corak permainan di sana sangat pantas serta keras di mana kelebihan fizikal bakal menjadi kelebihan kepada seseorang pemain. Fakri Saarani juga tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dan berada di tahap kecergasan terbaik. Berdasarkan kedudukan Liga Divisyen Tiga Siri F, Atletico S.C sekarang ini menghuni tangga keempat selepas mengharungi 12 perlawanan.

Incoming search terms:

  • Atletico sc
  • fakri saarani atletico sc
  • gaji fakri saarani
This entry was posted in Berita and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply