[BADMINTON] MISBUN RAMDAN MAHU BERLATIH DENGAN BAPANYA

Misbun-Ramdan-GP-Final-2012Pemain badminton muda negara, Misbun Ramdan Datuk Misbun nekad dengan keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) lantaran mahu berlatih dengan idolanya yang juga bapanya, Datuk Misbun Sidek. Pemain badminton berusia 21 tahun itu yang mesra dipanggil ‘Adan’ menyangkal sama sekali tindakan itu dipengaruhi oleh bapanya kerana dia tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut dengan bapanya.

“Sebenarnya sejak bapa keluar dari BAM dua tahun lalu, saya mahu mengikutnya tapi beliau mahu saya kekal berlatih dalam badan induk itu,” kata Ramdan ketika ditemui di gelanggang latihan Nusa Mahsuri, di Kelana Jaya.

“Ketika itu bapa melarang saya dengan berkata ‘dari kecil sampai besar engkau mengikut aku, sekarang perlu berdikari dan belajar daripada Hendrawan, lagipun banyak kemudahan boleh diperoleh di bawah BAM’.”

“Sejak itu jiwa saya memberontak tapi saya takut untuk bertindak hinggalah berjaya muncul juara Sirkit Kebangsaan Terbuka Pahang dan GP Final di Alor Setar bulan lalu.”

Misbun Ramdan percaya dengan kredibiliti bapanya untuk menjadikan dirinya pemain badminton berkelas dunia. Antara pemain Malaysia yang berjaya mencipta nama di bawah bimbingan Datuk Misbun Sidek termasuk Lee Chong Wei, Rashid Sidek, Hafiz Hashim, Roslin Hashim dan Wong Choon Hann. Anak kelahiran Ampang ini meletakan harapan agar bapanya membantu mengembangkan kariernya selaku pemain badminton professional.

“Saya pasti bapa akan bantu. BapaMisbun-Ramdan-bersama-bapanya mana yang sanggup biarkan anaknya terkapai-kapai sendirian.”

“Mengenai masalah kewangan dan penajaan, saya pasti bapa boleh dapatkan penaja. Soal sama ada bapa mahu melatih saya atau tidak, saya belum berbincang lagi dengannya kerana dia sering keluar memancing.”

Anak kepada lagenda badminton Malaysia, Datuk Misbun Sidek ini mengakui tujuan asal dia bermain badminton didorong  minat yang timbul ketika sering mengikuti bapanya ke gelanggang. Justeru itu, selepas tidak lagi berlatih di bawah bapanya, dirinya bagaikan tiada hala tuju. Misbun Ramdan menyasarkan untuk menduduki kelompok 50 pemain terbaik dunia tahun ini.

Misbun Ramdan menjuarai GP Final Kebangsaan 2012 dengan menewaskan perseorangan nombor tiga negara, Chong Wei Feng 13-21, 21-18 dan 21-18 pada aksi final di Alor Setar, Kedah hujung tahun lalu. Malah, ‘Adan’ ini turut mencipta kejutan menyingkirkan perseorang nombor dua negara, Liew Darren di peringkat kumpulan dan juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli di peringkat separuh akhir.

Pemain yang berada di ranking ke-87 dunia ini bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada BAM yang selama ini memberi ruang kepadanya berlatih dan mendapat kemudahan terbaik di negara ini tanpa sebarang masalah. Dia kini menjalani latihan di bawah kendalian bapa saudaranya, Rahman Sidek akan beraksi di Terbuka Malaysia minggu depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • misbun ramdan
  • anak misbun sidek pemain badminton
  • hafiz dan roslin pemain badminton
  • pemain badminton malaysia
  • pemain badminton
  • misbun ramdan ranking
  • misbun ramdan 2014
  • asrul pemain badminton malaysia
  • latihan badminton ramdan misbun
  • lagenda misbun sidek
This entry was posted in Badminton and tagged , . Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Leave a Reply