[BADMINTON] LEE CHONG WEI LEBUR REKOD WONG PENG SOON

KL32_20113_MMO_2013Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Chong Wei berada pada kelas tersendiri mencipta sejarah meleburkan rekod 50 tahun milik lagenda badminton negara, Wong Peng Soon. Anak kelahiran Bukit Mertajam itu muncul selaku pemain paling berjaya dalam Terbuka Malaysia apabila memenangi kejohanan itu buat kali -9 di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam selepas mudah menjinakan jaguh Indonesia, Sony Dwi Kuncoro.

Masih segar dengan kejayaan merangkul kejuaraan Terbuka Korea 2013 minggu lalu, pemain badminton negara berusia 31 tahun itu tidak berdepan masalah menundukan pemain di ranking ke-5 dunia yang merupakan pilihan ke-8 kejohanan dengan straight set 21-7, 21-8 dalam masa 32 minit. Sony Dwi Kuncoro merupakan antara 3 pemain yang pernah menewaskan Lee Chong Wei di laman sendiri selain bintang China, Lin Dan dan Bao Chunlai.

“Saya sangat bangga dengan kejayaan ini. Terima kasih kepada para penyokong kerana sanggup hadir ke stadium bagi menyaksikan final serta memberi sokongan kepada saya.” kata Chong Wei selepas tamat perlawanan.

“Sebenarnya saya berasa sedikit tertekan kerana harapan yang diletakkan untuk saya bergelar juara kali ini agak tinggi. Mungkin orang tidak nampak kenapa saya menang mudah ke atas Sony tetapi itulah yang saya rasakan.”

“Mujur, setiap kali Sony melakukan Lee-Chong-Wei-Sony-Dwi-Kuncoroserangan dan saya boleh mengatasinya. Saya memang mahu menghabiskan perlawanan dengan cepat.”

Tahun lalu, Chong Wei telah meletakkan namanya sebaris dengan Wong Peng Soon apabila merangkul kejuaraan buat kali kelapan di gelanggang yang sama. Untuk rekod, jaguh badminton negara berusia 31 tahun itu mula bergelar juara Terbuka Malaysia pada 2004 diikuti 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013. Dengan kemenangan semalam, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$30,000 (RM90,389).

Namun, nasib berbeza menimpa gandingan beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying kalah 13-21, 18-21 di tangan pilihan kedua, Joachim Fischer Nielsen dan Christinna Pedersen dari Denmark. Meskipun diletakkan selaku pilihan pertama kejohanan namun Peng Soon-Liu Ying gagal mengimbangi corak permainan pasukan lawan meskipun cuba bangkit untuk memenangi set kedua bagi mengheret perlawanan ke set penentuan namun tidak berhasil.

Peng-Soon-Liu-Ying-Malaysia-Open-2013Tekanan beraksi dihadapan 6000 penyokong sendiri jelas gagal di atasi oleh gandingan muda negara itu. Meskipun berada di ranking ke-3 dunia, Peng Soon mengakui masih banyak yang perlu dilakukan untuk menyaingi beregu utama kerana pencapaian mereka sekarang tidak menggambarkan status sebenar mereka. Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, juara Asia 2010 merangkul kejuaraan Siri Super pertama pada Terbuka Jepun tahun lalu.

Di sebalik kejayaan Lee Chong Wei dan gandingan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying ini namun persoalan mengenai persembahan pemain pelapis negara terus menjadi persoalan. Kelibat pemain-pemain muda seperti Daren Liew, Misbun Ramdan Misbun, serta Zulfadli Zulkifli dilihat masih gagal untuk menerobos saingan sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir.

Begitu juga dengan barisan pelapis beregu badminton negara meskipun Goh V Shem/Lim Kim Wah berjaya mara ke separuh akhir sebelum dikecewakan gandingan Korea Selatan, Ko Sung-hyun/Lee Yong 21-11, 21-15. Manakala Hoon Thien How-Tan Wee Kiong dan Chooi Kah Ming-Ow Yao Han masih tercari-cari rentak dalam menyaingi kehebatan gandingan beregu bertaraf dunia.

KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2013

Perseorangan Lelaki
Lee Chong Wei (MAS) mng Sony Dwi Kuncoro (INA) – 21-7, 21-8

Perseorangan Wanita
Tai Tzu Ying (TPE) mng You Xue (CHN) 21-17, 21-14

Beregu LelakiMohammad Ahsan/Hendra Setiawan (INA) mng Ko Sung Hyun/Lee Yong Dae (KOR) -21-15, 21-13

Beregu Wanita
Bao Yixin/Tian Qing (CHN) mng Misaki Matsumoto/Ayaka Takahashi (JPN) -21-16, 21-14

Beregu Campuran
Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen (DEN) mn Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (MAS) – 21-13, 21-18

Incoming search terms:

  • kejayaan lee chong wei dalam badminton
  • kejayaan lee chong wei
  • pencapaian lee chong wei
  • pencapaian lee chong wei dalam badminton
  • sumbangan lee chong wei terhadap negara
  • jasa dan sumbangan lee chong wei
  • sumbangan lee chong wei
  • sumbangan lee chong wei pada negara
This entry was posted in Badminton and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply