[ANALISIS] YANN M’VILA CALON PENGANTI IDEAL ALEX SONG

Yann-M'Vila-statistics-season-2011-12Pemergian Alex Song yang menyertai Barcelona pada jendela perpindahan musim panas lalu dengan bayaran perpindahan bernilai £15 juta menjejaskan rentak persembahan Arsenal musim ini terutama di bahagian pertahanan. Meskipun dikaitkan dengan ramai nama-nama besar termasuk Yann M’Vila, Joe Allen, Gokhan Inler, Ilkay Gundogan, Yohan Cabaye, Marouane Fellaini dan Kevin Strootman namun The Gunners masih belum mendapatkan penganti bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Alex Song.

Musim 2011/12, Alex Song tampil selaku pemain yang paling banyak melakukan accurate through ball dan merupakan antara pemain paling banyak menghasilkan assist dalam Liga Perdana Inggeris dengan 11 gol. Pemain antarabangsa Cameroon berusia 25 tahun ini merupakan tonggak yang banyak membantu barisan pertahanan Arsenal musim lalu dengan keupayaan melakukan terjahan tepat dan pintasan terhadap pemain lawan.

Sementara itu, Yann M’Vila dilihat merupakan calon terbaik mengisi kekosongan Alex Song kerana pemain berusia 22 tahun itu sudah biasa beraksi dalam formasi 4-2-3-1 bersama Rennes. Pemain antarabangsa Perancis ini memiliki kemahiran melakukan hantaran pendek yang baik dan kawalan bola yang kemas selain gemar melakukan hantaran jauh serta berkeupayaan melakukan terjahan bersih dilihat sangat sesuai dengan corak permainan Arsenal.

2012_Alex_Song_ReplacementsBerdasarkan statistik musim lalu, Alex Song melakukan 66.7% hantaran dan 84.4% hantaran sempurna manakala Yann M’Vila pula menghasilkan 71.8% hantaran dan 83.2% hantaran sempurna. Dari segi mengelecek pula, Alex Song melakukan 0.7 gelecekan setiap perlawanan manakala M’Vila pula melakukan 0.6 gelecekan. Sementara itu, Alex Song melakukan 1.33 key passes dan 0.7 accurate through ball sementara M’Vila pula melakukan 1.13 key passes dan 0.3 accurate through ball.

Dari aspek bertahan pula, Alex Song melakukan 3.0 terjahan tepat dan 1.91 pintasan setiap perlawanan manakala M’Vila pula membuat 3.08 terjahan tepat dan 2.47 pintasan setiap perlawanan. Yann M’Vila lebih banyak melakukan clearance dengan 1.7 (66) sementara Alex Song melakukan 1.2 (44) sepanjang musim lalu. Dari segi kekasaran ke atas pemain lawan, Alex Song telah melakukan 2.1 (73) kekasaran sementara Yann M’Vila pula hanya melakukan 0.8 (32) kekasaran.

Secara keseluruhannya, Yann M’Vila dilihat memiliki gaya permainan kualiti yang hampir sama dengan Alex Song. Malah, pemain tengah Perancis ini turut disamakan dengan bekas pemain tengah Les Bleus, Patrick Vieira dan Claude Makalele.

Pemain berketinggian 1.82m turut memiliki konsentrasi yang tinggi serta corak permainan yang keras sangat sesuai dengan permainan Liga Perdana Inggeris yang lebih mengutamakan aspek fizikal.

Meskipun baru berusia 22 tahun, namun M’Vila sudah memiliki 22 caps antarabangsa bersama skuad utama Perancis dan juga merupakan bekas kapten skuad Perancis B-19. Sehingga kini, Yann M’Vila sudah beraksi 146 perlawanan dengan menjaringkan 4 gol bersama Rennes sejak 4 musim yang lalu. Namun, Arsenal perlu mengeluarkan perbelanjaan sekitar £8 juta-£15 juta jika mahu mendapatkan khidmat pemain tengah Perancis ini.

This entry was posted in Informasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply