[ANALISIS] WILSHERE NADI KEKUATAN JENTERA TENGAH ARSENAL

Jack_Wilshere_vs_Man_City_2012Di sebalik kekalahan 0-2 kepada Manchester City hujung minggu lalu, fokus peminat Arsenal dan pemerhati bola sepak terarah kepada bintang muda Arsenal, Jack Wilshere yang berjaya memberi impak besar kepada persembahan The Gunners. Pemain berusia 21 tahun itu merupakan antara prospek masa depan England yang bakal menyinar dalam tempoh beberapa tahun akan datangĀ  dan dikatakan memiliki gaya permainan persis lagenda Arsenal, Liam Brady dan lagenda England, Paul Gascoigne.

Jack Wilshere telah dipilih selaku pemain terbaik Arsenal dalam perlawanan hujung minggu lalu lantaran aksi cemerlang dan bertenaga dengan acap kali menjadi duri dalam daging dalam usaha merobek kekentalan kubu The Citizen yang dikemudi oleh Vincent Kompany dan Matija Nastasic. Anak kelahiran Stevenage, England berjaya menyaingi kehebatan barisan pemain bintang City termasuklah David Silva, James Milner, Gareth Barry dan Javi Garcia.

Meskipun Arsenal yang terpaksa beraksi dengan 10 orang selepas Laurent Koscielny dilayangkan kad merah pada minit ke-9 kerana asakan last man tackle terhadap Edin Dzeko namun kelibat Jack Wilshere berjaya mengimbangi corak permainan The Gunners dengan gerakan-gerakan mengelecek pertahanan lawan walaupun gagal membantu Arsenal untuk menundukkan juara bertahan itu.

DV1335810Berdasarkan statistik, Jack Wilshere merupakan pemain Arsenal yang paling menyerlah dengan berjaya melakukan 85% hantaran sempurna dan 58 sentuhan meskipun gagal menghasilkan sebarang key passes sepanjang perlawanan. Pemain tengah Arsenal ini juga berjaya melakukan satu terjahan bersih dan 2 pintasan. Wilshere turut menghasilkan 3 hantaran silang, 5 hantaran jauh dan 2 through ball.

Ironinya, Jack Wilshere bersama Abou Diaby berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mikel Arteta yang bertindak sebagai nadi di bahagian tengah Arsenal. Dan pastinya persembahan pemain muda Arsenal ini akan lebih menyerlah dan mampu menengelamkan kelibat barisan pemain Man City andai Laurent Koscielny tidak dibuang padang dan Arsenal beraksi dengan kesebelasan utama sepanjang perlawanan.

This entry was posted in Informasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply