[ANALISIS] LAURENT KOSCIELNY VS PER MERTESACKER

Arsenal's Koscielny and Mertesacker tackle Borussia Dortmund's Lewandowski during their Champions League Group F soccer match in DortmundBenteng pertahanan Arsenal sering dikritik hebat musim ini lantaran gagal beraksi dengan baik dalam mengekang asakan lawan. Skuad bimbingan Arsene Wenger bermula baik dengan mengekalkan rekod tanpa bolos dalam 3 perlawanan pertama musim ini namun gagal mengekalkan momentum itu dengan menyaksikan Arsenal melepaskan 24 gol setakat ini di tempat ketiga selepas Manchester City (19) dan Chelsea (21) dalam senarai pasukan melepaskan paling sedikit dibolosi.

Musim ini, The Gunners memiliki 3 pertahanan tengah yang berada di tahap terbaik – Thomas Vermaelen, Per Mertesacker dan Laurent Koscielny. Kedudukan Vermaelen dalam kesebelasan utama Arsenal sudah tidak dapat dinafikan lagi lantaran dia merupakan kapten baru Arsenal mengantikan Robin van Persie. Satu lagi tempat di posisi pertahanan tengah Arsenal kini menjadi rebutan antara pertahanan tengah Perancis, Laurent Koscielny dan pertahanan antarabangsa Jerman, Per Mertesacker.

Laurent Koscielny menyertai Arsenal dari kelab Ligue 1, FC Lorient pada 7 Julai 2010 dengan yuran perpindahan bernilai £8.5 juta. Meskipun dikritik hebat pada musim pertama bersama Arsenal namun Koscielny berjaya mempamerkan peningkatan pada musim berikutnya. Sehingga kini, pertahanan Perancis berusia 27 tahun itu sudah beraksi dalam 102 perlawanan dengan menjaringkan 8 gol dan menghasilkan 4 assist sepanjang bersama Arsenal selain memiliki 7 caps antarabangsa bersama skuad kebangsaan Perancis.

Sementara itu, Per Mertesacker pula tiba di Laurent-Koscielny-Per-Mertesacker+vs-Aston-VillaArsenal dari kelab Bundesliga, SV Werder Bremen pada 31 Ogos 2011 dengan yuran perpindahan bernilai £8 juta. Pertahanan tinggi lampai berusia 28 tahun ini turut menerima kritikan pada musim pertamanya namun berjaya menyesuaikan diri musim ini.

Per Mertesacker telah beraksi dalam 52 perlawanan dengan menjaringkan 1 gol setakat ini namun sudah memiliki 85 caps antarabangsa bersama skuad kebangsaan Jerman.

Menurut bekas pertahanan lagenda Arsenal, Tony Adams kedua-dua pertahanan Arsenal ini memiliki gaya permainan yang berbeza. Laurent Koscielny merupakan man-to-man marker sementara Per Mertesacker pula seorang zonal defender.

Zonal defender berteraskan kepada sistem zonal marking yang menjadi asas kepada barisan pertahanan. Kebiasaannya, zonal defender tidak memberi fokus kepada pemain tertentu untuk dikekang sebaliknya lebih menumpukan terhadap kawasan atau zon yang dikawal mereka. Zonal defender juga lebih fokus kepada bola berbanding pemain lawan dan kurang membantu bahagian serangan serta jarang meninggalkan posisi mereka di bahagian pertahanan.

Bagi man-to-man marker pula terdiri dari jenis pertahanan yang memiliki kepantasan larian lantaran terpaksa mengawasi dan mengekori penyerang-penyerang yang lincah dan pantas. Man-to-man marker juga kebiasaanya merupakan seorang pertahanan yang memiliki terjahan yang baik serta bijak membaca pergerakan penyerang lawan. Pemain pertahanan jenis ini juga sering melakukan larian overlapping membantu bahagian serangan untuk menjaringkan gol.

Per-Mertesacker-vs-Laurent-Koscielny-2012Berdasarkan statistik musim ini, Per Mertesacker memiliki hantaran sempurna yang lebih baik daripada Laurent Koscielny dengan menghasilkan 92.2% berbanding 87.1%. Mertesacker menghasilkan 1.6 hantaran jauh manakala Koscielny melakukan 1.2 hantaran jauh. Dari segi aerial duel wons pula, Mertesacker mencatatkan 2.5 manakala Koscielny menghasilkan 2.3 purata setiap perlawanan. Manakala dalam melakukan clearances, Mertesacker melakukan 5.5 dan Koscielny mencatatkan 5.8 purata setiap perlawanan.

Dari aspek bertahan pula, Koscielny merupakan seorang man-to-man marker dilihat lebih cemerlang dengan menghasilkan 2.3 pintasan dan 1.7 terjahan sementara Mertesacker mencatatkan 1.6 pintasan dan 0.9 terjahan secara purata setiap perlawanan. Namun, Koscielny lebih banyak melakukan kekasaran lantaran tugasnya mengawal pergerakan targetman pasukan lawan dengan mencatatkan 1.2 berbanding Mertesacker yang hanya melakukan 0.3 kekasaran.

Lantaran itu, percaturan untuk menurunkan Koscielny atau Mertesacker bergantung kepada taktikal pertahanan serta corak taktikal pasukan lawan. Jika berhadapan pasukan yang memiliki kepantasan dan gemar melakukan serangan balas pantas, Koscielny dilihat sebagai pilihan terbaik kerana lebih aggresif dan bijak melakukan terjahan-terjahan tepat. Sementara itu, Mertesacker dilihat memiliki kelebihan dari segi fizikal dalam melakukan pintasan dan clearances bola tinggi.

This entry was posted in Informasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply