[ANALISIS] BACARY SAGNA VS CARL JENKINSON

statistics-sagna-vs-jenkinson-2012Di sebalik prestasi kurang memberansangkan dipamerkan oleh bek kanan berpengalaman Arsenal, Bacary Sagna sekembalinya dari kecederaan panjang pada Oktober lalu kedengaran suara-suara yang mahukan Carl Jenkinson disenaraikan dalam kesebelasan utama Arsenal. Meskipun Bacary Sagna dilihat kurang berkesan dalam bertahan dan membantu jentera serangan dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini namun pemain antarabangsa Perancis itu masih merupakan pilihan terbaik untuk mengisi posisi bek kanan The Gunners.

Bacary Sagna tiba di Arsenal dari kelab Ligue 1, Auxerre dengan yuran perpindahan bernilai €9 juta pada musim panas 2007. Pemain kelahiran Sens, Perancis ini melakukan debut bersama Arsenal pada 19 Julai 2007 menentang kelab Turki, Genclerbirligi. Sehingga kini, pertahanan berusia 29 tahun ini sudah melakukan 218 kemunculan dengan menjaringkan 4 gol serta menghasilkan 19 assist sepanjang bersama Arsenal.

Sementara itu, Carl Jenkinson pula merupakan antara pemain muda yang dibawa masuk dari Charlton Athletic pada Jun 2011 dengan yuran perpindahan bernilai £1 juta sebagai penganti kepada Bacary Sagna. Pemain bek kanan berusia 20 tahun ini yang dilihat sebagai antara prospek yang bakal menyinar di pentas Eropah dan telah menandatangani kontrak jangka masa panjang pada Disember lalu untuk terus kekal di Stadium Emirates sehingga 2017.

Meskipun baru dua musim bersama Arsenal, pemain berdarah campuran Inggeris-Finland ini sudah melakukan 29 penampilan bersama skuad utama The Gunners. Malah, kecemerlangan Jenkinson beraksi dalam kesebelasan utama Arsenal pada awal musim ini berjaya menarik minat pengendali skuad kebangsaan England, Roy Hodgson menyenaraikannya dalam perlawanan persabahatan menentang Sweden apabila hadir selaku pemain gantian pada 14 November 2012.

bacary-sagna-injured-vs-tottenham-oktober-2011Berdasarkan statistik persembahan kedua-dua pemain ini, Bacary Sagna dilihat masih relevan dalam kesebelasan utama Arsenal. Pemain antarabangsa Perancis ini memiliki aerial duels serta hantaran silang yang baik di samping gemar melakukan hantaran-hantaran pendek yang tepat. Namun, kesan kecederaan setelah mengalami patah kaki pada tahun lalu  serta jadual perlawanan Arsenal yang padat sedikit sebanyak menjejaskan corak permainan dan konsistensi Sagna.

Namun, Arsene Wenger seharusnya memberi peluang kepada Carl Jenkinson beraksi bagi memberi peluang kepada Bacary Sagna mendapat rehat yang secukupnya. Walaupun Carl Jenkinson masih cetek pengalaman terutama dari segi kawalan bola dan aerial duels namun pemain berusia 20 tahun memiliki potensi besar untuk menjadi antara bek kanan yang berpengaruh dalam Liga Perdana Inggeris.

This entry was posted in Informasi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply