[ANALISIS] ARSENAL PERLU DAPATKAN PURE DEFENSIVE MIDFIELDER

diame-m'vila-capoue-wanyamaTatkala jendela perpindahan Januari 2013 bakal dilabuhkan tidak lama lagi namun Arsenal masih belum membawa masuk sebarang pemain bagi mengukuhkan pasukan. Dengan krisis kecederaan yang sering melanda Abou Diaby, Mikel Arteta dan Francis Coquelin sementara pemergian Alex Song masih dirindui oleh peminat dan pemain-pemain Arsenal. Kegagalan defensive midfielder beraksi dengan baik menyaksikan The Gunners gagal mempamerkan persembahan yang konsisten dan memberansangkan musim ini.

Defensive Midfielder merupakan posisi yang sangat penting dalam sesebuah pasukan yang berfungsi melindungi barisan pertahanan yang berada di belakangnya. Defensive midfielder merupakan pemain perlu ditempuhi oleh pemain lawan sebelum berhadapan dengan barisan pertahanan sesebuah pasukan. Jika berhadapan dengan serangan balas pantas defensive midfielder perlu sentiasa bersiap siaga untuk menyekat serangan pasukan lawan.

Selain itu, defensive midfielder juga turut berperanan sebagai penghubung antara barisan pertahanan dan jentera serangan. Defensive midfielder merupakan seorang pemain yang memiliki kemahiran teknikal yang tinggi, stamina yang bagus dan kawalan bola yang baik serta memiliki hantaran-hantaran yang tepat. Kebiasaannya defensive midfielder turut bertindak selaku deep-lying playmaker atau anchorman yang berperanan dalam mengekang pergerakan jentera serangan lawan.

Lantaran itu, Arsenal perlu menandatangani seorang lagi pemain defensive midfielder yang berpengaruh bagi mengukuhkan skuad untuk menamatkan kemarau kejuaraan sejak 7 musim yang lalu. Beberapa pemain defensive midfielder yang dilihat mampu memberi impak kepada persembahan Arsenal antaranya Mohamed Diame (West Ham United), Yann M’Vila (Rennes), Etienne Capoue (Toulouse) dan Victor Wanyama (Celtic). Di sini Arsenal4u.com menyenaraikan analisis dan statistik ringkas mengenai pemain-pemain tersebut.

Stats-comparison-Diame-Capoue-M'Vila-Wanyama-ArtetaBerdasarkan statistik musim ini, pemain tengah Toulouse, Etienne Capoue dilihat merupakan antara pilihan terbaik bagi mengisi kekosongan di bahagian defensive midfielder. Walaupun sering diturunkan sebagai defensive midfielder, pemain tengah Perancis ini juga mampu beraksi baik selaku center back sangat sesuai sebagai back up kepada pertahanan Arsenal. Namun, Arsene Wenger perlu mengeluarkan perbelanjaan sekitar £9-£12 juta jika mahu membawa Capoue ke Stadium Emirates.

Meskipun begitu, peluang untuk melihat Mohamed Diame beraksi di Arsenal lebih cerah lantaran mempunyai klausa perlepasan kontrak bernilai £3.5 juta dan pemain berusia 25 tahun itu telah menolak tawaran kontrak baru dari West Ham United. Selain itu, pemain antarabangsa Senegal ini turut memiliki kualiti yang hampir sama dengan Alex Song serta sudah memiliki pengalaman beraksi dalam Liga Perdana Inggeris dilihat tidak menghadapi masalah untuk menyesuai diri dengan corak permainan Arsenal.

This entry was posted in Informasi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply