[PERSPEKTIF] WILFRIED ZAHA TERTEKAN DENGAN PRESTASI ARSENAL

Penyerang muda England yang menjadi sasaran Arsenal, Wilfried Zaha mengesahkan dirinya merupakan seorang penyokong The Gunners. Namun, pemain berusia 20 tahun ini mengakui tertekan dengan persembahan terkini yang dipamerkan oleh Arsenal. Zaha merupakan antara salah seorang prospek muda yang bakal menyinar dalam saingan bola sepak Inggeris menjadi sasaran beberapa kelab-kelab utama termasuk Arsenal, Manchester United dan Manchester City

Crystal Palace dilaporkan sedang berusaha untuk terus mengekalkan Zaha di Selhurst Park. Penyerang kelahiran Abidjan, Ivory Coast itu sudah memulakan debutnya bersama skuad kebangsaan England ketika menentang Sweden pada 14 November lalu apabila dimasuk mengantikan Raheem Sterling pada minit ke-83. Penyerang berusia 2o tahun tidak dapat menyembunyikan kekecewaan lantaran prestasi tidak menentu Arsenal.

Terbaru, Zaha meluahkan kekecewaan menerusi laman twitternya ketika Arsenal tewas 1-2 kepada Olympiakos awal pagi Rabu lalu.

“Saya penyokong Arsenal tetapi mereka membuatkan saya tertekan,” tulis Zaha menerusi laman twitternya.

Zaha turut membalas twitter Mark Bright dengan berkata : “Arsenal are poor. Plain and simple. Sorry @IanWright0 its so annoying watching them, used be made of steel. Now, papier mache!’”

Mungkin ini satu berita yang agak mengembirakan buat Arsenal dalam usaha untuk membawa pemain muda berbakat besar ini lantaran dirinya merupakan seorang penyokong The Gunners. Zaha turut mengakui dirinya menjadikan Arsenal sebagai antara destinasi kariernya andai berhijrah dari Crystal Palace nanti.

Namun, situasi tidak menentu yang dipamerkan oleh skuad Arsene Wenger kini mungkin mampu mengubah keadaan. Lantaran itu, Arsenal perlu mempertingkatkan prestasi bagi meningkatkan kembali keyakinan Zaha untuk menyertai The Gunners pada jendela perpindahan Januari nanti. Mungkinkah Wilfried Zaha akan menyertai Arsenal?

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply