[PERSPEKTIF] WENGER TIDAK AKAN BERBELANJA BESAR JANUARI INI

Dengan kejayaan Arsenal yang kembali mengisi kedudukan ke-4 Liga Perdana Inggeris kini, Arsene Wenger memberi isyarat tidak akan melakukan perubahan besar skuadnya dan menandatangani pemain-pemain berprofil tinggi pada jendela perpindahan Januari nanti. The Gunners kini berjaya menduduki kedudukan ke-4 selepas mencatatkan kemenangan tipis ke atas Wigan Athletic hujung minggu lalu menerusi jaringan sepakan penalti Mikel Arteta.

Situasi ini jelas mengecewakan penyokong-penyokong Arsenal yang mengharapkan perubahan besar-besaran dengan membawa masuk pemain-pemain bintang bagi mengukuhkan pasukan untuk kembali bersaing dalam perebutan tahta liga dengan duo Manchester dan Chelsea. Sebaliknya, Wenger menegaskan bahawa akan membawa masuk pemain yang luar biasa bagi mengukuhkan skuadnya.

“Kami (Arsenal) akan berada di pasaran perpindahan pemain tetapi hanya mencari pemain yang benar-benar mampu mengukuhkan skuad kerana kami sudah mempunyai skuad yang baik,” kata pengurus Arsenal berusia 63 tahun itu.

“Tetapi jika kami mencari seorang pemain yang luar biasa, maka kami akan membawa pemain itu.”

“Kami memiliki kekurangan dalam kawalan bola (dalam perlawanan menentang Wigan) dan berterusan dalam melakukan serangan namun kami berjaya memenangi perlawanan tersebut tetapi saya tidak menyukainya,” kata Arsene Wenger lagi.

Meskipun hangat dikaitkan dengan nama-nama besar seperti David Villa, Fernando Llorente, Klaas-Jan Huntelaar, Adrian Lopez, Demba Ba dan ramai lagi namun Arsenal hampir pasti akan mengikat perjanjian untuk membawa pulang bekas penyerang The Gunners, Thierry Henry secara pinjaman dari New York Red Bull. Wenger dipercayai mempunyai sehingga £30 juta untuk dibelanjakan pada perpindahan bulan Januari ini.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply