[PERSPEKTIF] WENGER MENYESAL LEPASKAN PEMAIN BINTANG

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui dirinya dirundung penyesalan kerana gagal menyerlahkan potensi sebenarnya ekoran kehilangan pemain-pemain bintang sekaligus menyaksikan The Gunners gagal menjulang sebarang kejuaraan sejak 2005. Antara pemain bintang yang meninggalkan Arsenal ialah Robin van Persie bersama Alex Song sementara Cesc Fabregas dan Samir Nasri meninggalkan Arsenal pada musim panas 2011.

Skuad bimbingan Arsene Wenger terus dipalit duka tersingkir dari saingan Piala Capital One apabila tewas dalam penentuan sepakan penalti 2-3 kepada Bardford City pada peringkat separuh akhir.

Pengurus berbangsa Perancis ini terus berusaha membangunkan skuadnya bagi terus mencabar kejuaraan namun yang terbaru dilihat bakal kehilangan Theo Walcott.

“Penyesalan saya adalah kerana kami sudah memiliki skuad yang hebat dalam 2-3 tahun kebelakangan ini dan berjaya menamatkan saingan di kedudukan 4 pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris,” kata Arsene Wenger ketika ditemubual dalam majalah Four Four Two.

“Kami gagal melepasi peringkat 16 pasukan terbaik dalam dua musim kebelakangan apabila disingkirkan oleh Barcelona dan AC Milan.”

“Namun, kami masih memiliki potensi meskipun kamu kehilangan pemain-pemain bintang setelah lima atau enam musim menyerlahkan potensi bersama Arsenal.”

Kedudukan Arsene Wenger selaku pengurus Arsenal kembali dihimpit tekanan ekoran prestasi tidak menentu kebelakangan ini namun lembaga pengarah terus menyatakan sokongan buat pengurus berusia 63 tahun ini bagi terus membimbing Arsenal.

“Saya tidak pernah menyatakan bahawa saya telah melakukan kesilapan. Saya sangat bertuah dapat berkerja bersama kelab ini selama 16 tahun tetapi saya merasa bertuah kerana terus diberi kepercayaan membimbing pasukan ini,” kata Arsene Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply