[PERSPEKTIF] TOMAS ROSICKY MAMPU MENGUBAH CORAK PERMAINAN ARSENAL

Arsene Wenger nyata gembira dengan perkembangan Tomas Rosicky yang kembali menjalani latihan penuh Isnin. Kapten skuad kebangsaan Republik Czech ini memiliki keupayaan untuk mengubah rentak permainan dan menambah kreativiti di bahagian midfielder Arsenal. Kepulangan Rosicky juga bakal memberi kepelbagaian di bahagian tengah Arsenal sekaligus membantu meningkatkan prestasi The Gunners.

Pemain berusia 32 tahun itu tidak beraksi lagi musim ini selepas mengalami kecederaan tendon semasa tugasan antarabangsa bersama Republik Czech dalam kejohanan EURO 2012 pada Jun lalu. Rosicky melakukan penampilan pertama musim ini ketika masuk mengantikan Jack Wilshere pada minit ke-80 ketika menentang Swansea semalam.

“Dia (Rosicky) menjalani pembedahan plantaris tendon di mana terletaknya achilles,” kata Arsene Wenger kepada arsenal.com.

“Saya perlu memantau proses pemulihannya. Ia sama seperti kecederaan yang dialami oleh Scott Parker dan kini dia sudah kembali.”

“Saya sukakan corak permainan Tomas Rosicky kerana dia seorang pemain yang boleh melajukan rentak permainan. Apabila dia mendapat bola, dia menggunakan kepantasannya kerana dia mempunyai kelebihan melakukan hantaran pendek yang pantas dan berkombinasi dengan pemain lain.”

“Saya merupakan peminat kepada corak permainannya dan mahu dia terus bermain dengan kami. Dia boleh beraksi di posisi Santi Cazorla dan boleh bermain bersama-sama Santi Cazorla dengan baik,” kata pengurus Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply