[PERSPEKTIF] PENYOKONG ARSENAL TERPERANGKAP DENGAN MASA SILAM – HARTSON

John Hartson, 37, mengecam tindakan segelintir penyokong-penyokong The Gunners yang terlalu mendesak Arsene Wenger dalam usaha membentuk skuad yang mantap. Bekas penyerang Arsenal itu turut mengatakan penyokong-penyokong Arsenal terperangkap dengan masa silam di mana The Gunners masih mempunyai barisan pemain yang sangat hebat dan istimewa.

Pengurus Arsenal berusia 63 tahun itu terus menerima tekanan dan kritikan ekoran kekalahan memalukan 0-2 kepada Swansea di laman sendiri Sabtu lalu. Kekalahan tersebut menyaksikan The Gunners kini terperosok dikedudukan ke-10 liga selepas dengan 21 mata selepas 15 perlawanan. Namun, Hartson tidak ketika ditanya mengenai situasi terkini Arsenal.

John Hartson menyertai The Gunners dari Luton Town pada Januari 1995 dengn yuran perpindahan £2.5 juta, merupakan antara rekod pembelian yang tinggi dalam Liga Inggeris ketika buat seorang pemain muda.

Penyerang kelahiran Swansea, Wales ini pernah beraksi dari 1995 hingga 1997 dengan meledak 14 gol daripada 54 perlawanan. John Hartson pernah beraksi bersama West Ham United, Celtic, West Bromwich Albion dan Norwich City sebelum mengumumkan persaraan pada 7 Februari 2008.

“Penyokong-penyokong Arsenal masih hidup dengan masa silam. Mereka tidak memiliki pemain yang mantap dalam pasukan,” kata John Hartson kepada talkSPORT.

“Penyokong-penyokong merintih dan meratapi selepas keputusan (menetang Swansea) tetapi Arsenal kini tidak mempunyai kualiti dalam skuadnya.”

“Mengapa penyokong-penyokong masih memikirkan dengan serius bahawa Arsenal masih pencabar utama kejuaraan. Wenger sudah menjelaskan kedudukan keempat terbaik liga sudah cukup buat Arsenal ketika ini.”

Walau bagaimanapun, John Hartson mempertahankan Arsene Wenger tetapi mahukan Arsenal mengeluarkan perbelanjaan pada jendela perpindahan Januari nanti. Arsenal kini megharungi 8 musim kemarau kejuaraan dengan turut kehilangan pemain utama seperti Robin van Persie, Cesc Fabregas, Samir Nasri dan Alex Song. Bekas pemain penyerang berusia 37 tahun itu mahukan lembaga pengarah mengeluarkan perbelanjaan untuk mendapat pemain berkelas dunia.

“Saya sentiasa menghormati Arsene (Wenger). Saya pernah bermain di bawah kendaliannya dan tiada keraguan mengenai situasi pengurus Arsenal,” kata John Hartson lagi.

“Tetapi kritikan utama terhadap Arsenal kerana mereka sentiasa menjualkan pemain-pemain terbaik mereka. Permainan mengenai pemain-pemain dan kamu tidak boleh menjual pemain-pemain terbaik saban tahun jika mahu menjulang kejuaraan.”

“Ya, pastinya mereka memiliki rekod yang hebat dalam Liga Juara-Juara Eropah dan melayakan diri ke saingan ini setiap tahun. Mereka masih memiliki pemain yang hebat seperti seperti Jack Wilshere.”

“Tetapi situasi yang sama bakal berulang dengan Theo Walcott, seorang lagi pemain yang bagus di mana berpotensi untuk kehilangan.”

“Mereka (Arsenal) mengharungi 8 musim tanpa kejuaraan. Apa yang pengurus lain mencapai tahap tertinggi? 10, 11 tahun yang lalu, Arsenal bersama Manchester United mendominasi Liga Perdana Inggeris, berkongsi kejuaraan.”

“Saya bukan mengkritik Wenger. Dia seorang pengurus yang bagus, sangat bijak dan tahu banyak mengenai situasi dalaman kelab tetapi saya faham bahawa kritikan datang kerana penyokong-penyokong mahukan pemain-pemain berkelas dunia. Mereka mahu Arsenal kembali bersaingan dalam liga,” kata bekas penyerang kelahiran Wales itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply