[PERSPEKTIF] MASA DEPAN DENILSON DI ARSENAL TERUS BUNTU

Masa depan pemain tengah Brazil, Denilson Pereira Neves bersama Arsenal terus kabur meskipun beraksi cemerlang sepanjang tempoh pinjaman bersama Sao Paulo. Pemain tengah bertahan ini memiliki kemampuan melakukan percubaan jarak jauh serta membantu jentera serangan dengan baik selain cemerlang dalam melaukukan pintasan dan terjahan ke atas pemain lawan.

Namun, Denilson dilihat sukar untuk mendapat tempat dalam skuad utama Arsenal lantaran The Gunners sudah memiliki ramai pemain-pemain tengah berkaliber serta pemain muda yang meningkat naik seperti Francis Coquelin dan Emmanuel Frimpong. Pemain tengah berusia 24 tahun ini gembira sepanjang tempoh pinjaman bersama kelab remajanya, Sao Paulo dengan menjulang kejuaraan Copa Sudamericana 2012.

“Saya akan menilai kontrak saya (bersama Sao Paulo) di mana akan berakhir pada 30 Jun 2013. Tetapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku selepas itu,” kata Denilson kepada Global Esporte.

“Saya berharap agar situasi saya ini dapat diselesaikan secepat mungkin jadi saya tidak perlu risau mengenainya dan saya akan terus tenang untuk beraksi pada musim akan datang,” kata pemain berusia 24 tahun itu lagi.

Denilson dibawa menyertai Arsenal pada 31 Ogos 2006 dengan yuran perpindahan bernilai £3.4 juta ketika berusia 16 tahun selepas cemerlang membantu Sao Paulo menjulang kejuaraan Copa Libertadores dan trofi Piala Dunia Kelab FIFA 2005. Kecemerlangan Alex Song dan kehadiran ramai pemain tengah berbakat dalam skuad Arsenal menyaksikan Denilson disisihkan daripada skuad utama.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply