[PERSPEKTIF] PODOLSKI GEMBIRA DENGAN KEHIDUPAN DI LONDON

Penyerang skuad kebangsaan Jerman, Lukas Podolski mengakui dirinya semakin dapat menyesuaikan diri dan gembira dengan kehidupan baru di kota London sejak tiba di Arsenal dari Koln FC dengan bayaran perpindahan sekitar £11 juta. Penyerang berusia 27 tahun ini sudah menjaringkan 9 gol dan tidak sabar untuk beraksi menentang bekas kelabnya, Bayern Munich dalam saingan Liga Juara- Juara Eropah.

“Saya berada di sebuah negara yang baru, saya belajar mentaliti yang baru. Saya kini beraksi dalam sebuah kelab terkemuka dan mengalu-alukan sikap profesionalisme dalam kelab ini. Segalanya berubah menjadi lebih baik,” kata Lukas Podolski kepada Kicker.

“Saya haya berada di sini tidak lebih dari setengah tahun setakat ini, jadi masih terlalu awal untuk membuat penilaian.”

“Saya tidak memahami orang mempersoalkan bahawa saya tidak pernah melakukannya di Bayern dan diturunkan liga bersama Koln FC. Tetapi saya membuktikan kualiti saya sebelum perpindahan saya. Saya yakin saya akan menyerlah di sini.”

Terdahulu, Arsenal diundi bertemu dengan Bayern Municah dalam saingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah. Lukas Podolski pernah beraksi bersama Munich selama 3 musim dari 2006 hingga 2009 sebelum kembali menyertai kelab remajanya, Koln FC nyata tidak sabar menjeleang pertemuan kedua-dua pasukan Februari ini.

“Ini merupakan keputusan undian impian saya (menentang Bayern). Kami perlu sedia menghadapi mana-mana lawan jika mahu menjulang kejuaraan,” kata penyerang berusia 27 tahun ini lagi.

“Sudah tentu ia merupakan satu kekurangan kerana kami perlu beraksi di lama sendiri terlebih dahulu.”

“Saya tidak sabar untuk melihat Uli Hoeness, Jupp Heynckes, Franck Ribery, rakan sepasukan dari pasukan kebangsaan Jerman dan lain-lain lagi yang telah berada di sana semasa saya di Bayern,” kata Podolski lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply