[PERSPEKTIF] KAMI YAKIN MAMPU MENGULANGI KEBANGKITAN MUSIM LALU – ROSICKY

Kesetiaan penyokong-penyokong Arsenal terus teruji apabila The Gunners tewas 2-1 kepada Olympiakos di Stadium Karaiskakis awal pagi Rabu lalu waktu Malaysia. Kekalahan itu menyaksikan Arsenal gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam 4 perlawanan terakhir termasuk seri ketika bertemu dengan Aston Villa dan Everton serta tewas kepada Swansea di Emirates hujung minggu lalu.

Namun, Tomas Rosicky yang meledak gol tunggal Arsenal ketika menentang Olympiakos tetap yakin bahawa The Gunners bakal kembali bangkit dalam perlawanan menentang West Bromwich Albion hujung minggu ini. Kapten Republik Czech itu beraksi dalam kesebelasan utama buat pertama kali musim ini selepas pulih dari kecederaan tendon (archilles) dalam perlawanan Rabu lalu.

“Saya memahami kekecewaan itu. Saya juga merupakan seorang penyokong Arsenal,” kata Tomas Rosicky.

“Ini merupakan ketidakstabilan (prestasi Arsenal) tetapi dari sudut lain kami memiliiki pemain-pemain muda dan ini tidak membantu perkembangan mereka.”

“Kami cuba untuk berusaha bersama-sama di mana kami melakukannya pada musim lalu seperti yang telah tertulis dan kami melakukan kebangkitan yang hebat.”

“Anda boleh merasakan suasana yang hebat yang kami persembahkan di Emirates dengan persembahan ketika menentang Tottenham dan AC Milan musim lalu.”

“Saya sudah menjadi pemain bola sepak untuk satu tempoh masa yang agak lama dan tidak dinafikan itu merupakan suasana terbaik yang pernah saya rasakan sepanjang saya bermain bola sepak.”

Pemain berusia 32 tahun ini menjelaskan bahawa pemain-pemain akan berusaha untuk memberikan yang terbaik dan memenangi perlawanan. Musim lalu, Tomas Rosicky telah menandatangani kontrak lanjutan selama 2 tahun bersama Arsenal dan turut dipilih selaku pemain ke-3 terbaik Arsenal musim 2011/12 selepas Robin van Persie dan Mikel Arteta.

“Sudah tentu kami mahu memenangi (perlawanan), ini merupakan satu cabaran,” kata Tomas Rosicky.

“Ia merupakan tugas sukar, tiada keraguan mengenainya tetapi kami yakin mampu melakukannya sekali lagi.”

“Jika kami berada di prestasi terbaik, Arsenal merupakan tempat terbaik untuk bermain bola sepak. Kami akan bersatu dan bangkit melawan,” kata Rosicky yang pernah bersama Borussia Dortmund sebelum menyertai Arsenal.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply