[PERSPEKTIF] KAMI MAHU MELAHIRKAN LEBIH RAMAI PEMAIN TEMPATAN – WENGER

Arsène Wenger percaya bahawa Arsenal memiliki model yang ideal untuk kelab meneruskan kelangsungan menghasilkan ramai bintang masa depan daripada sistem pembangunan remaja sendiri. Arsenal mahu meneruskan strategi jangka masa panjang untuk mengenengahkan bakat-bakat muda ke dalam skuad utama seperti Jack Wilshere dan Kieran Gibbs.

Namun, Arsene Wenger mahu pergi lebih jauh dan berharap untuk melahirkan bintang muda daripada hasil usaha pembangunan dengan teras bakat Inggeris. Pengurus berbangsa Perancis ini menerima kritikan hebat pada detik awal kariernya bersama The Gunners lantaran tidak menggunakan dan melahirkan pemain-pemain Inggeris sebalik banyak menggunakan khidmat pemain luar.

“Kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan sebilangan besar pemain dari dalam (akademi),” kata Arsene Wenger kepada Official Arsenal Megazine.

“Tetapi apa yang kami mahu adalah untuk menghasilkan lebih ramai pemain-pemain tempatan di mana kami sedang melakukan sekarang ini.”

“Ini merupakan kali pertama sejak saya tiba di sini di mana kami memiliki ramai pemain-pemain Inggeris atau saya katakan pemain kelahiran British termasuk Aaron Ramsey. Mereka memiliki bakat dan kualiti yang sesuai dengan permainan Arsenal.”

“Tetapi model yang ideal di mana kami mahu Arsenal menghasilkan (pemain Inggeris) sebagai teras kepada pasukan dari sistem kami sendiri dan kemudiannya menambah dengan bakat dari luar.”

Wenger percaya bahawa terdapat banyak kelebihan dalam membina pasukan berteraskan pemain-pemain tempatan dan kelab komited untuk meneruskan usaha ini. Terdahulu, lima pemain muda Inggeris iaitu Jack Wilshere, Aaron Ramsey, Kieran Gibbs, Alex Oxlade-Chamberlain dan Carl Jenkinson menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal pada pertengahan bulan ini.

“Kami sudah melakukannya, demi menjamin keselamatan dan kestabilan –  kami tidak mahu pergi ke tahap yang berbeza,” kata pengurus berbangsa Perancis itu lagi.

“Jika kami berjaya mendapatkan pemain yang bagus ke dalam skuad pada usia yang masih muda, kami pastinya dapat membina skuad yang memiliki semangat yang sejati.”

“Jadi, ini menjadikan skuad kami semakin kuat di mana kami tidak memperolehi dengan menandatangani pemain-pemain luar dari serata dunia,” kata Arsene Wenger lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply