[PERSPEKTIF] JERNADE MEADE PELAPIS KEPADA KEIRAN GIBBS

Arsene Wenger nyata gembira dengan persembahan yang dipamerkan oleh Jernade Meade dalam debut penuh bersama skuad utama Arsenal menentang Olympiacos awal pagi Selasa lalu waktu Malaysia. Pengurus Arsenal ini mengaku bahawa pemain bek kira berusia 2o tahun ini bersedia untuk mengikuti jejak langkah Ashley Cole dan Keiran Gibbs memecah tembok menjadi sebahagian daripada pemain skuad utama The Gunners.

Meade beraksi buat pertama kali bersama skuad utama Arsenal dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang juara Greece musim 2011/12 menyaksikan The Gunners tewas 2-1 namun sudahpun melayakan diri ke saingan 16 pasukan terbaik. Pemain kelahiran Luton, England memiliki persamaan dengan Kieran Gibbs dan Ashley Cole di mana bermula selaku pemain sayap sebelum diubah beraksi di posisi bek kiri.

“Saya rasa dia beraksi baik pada separuh masa pertama,” kata Wenger kepada Arsenal Player.

“Apabila dia beraksi bersama skuad arsenal B-21, ini merupakan satu perubahan besar buat dirinya. Dia beraksi baik dan saya sangat mengalu-alukan kehadiran dia ke dalam skuad utama Arsenal.”

“Saya masih mengingati ketika bola pertama yang dia perolehi, dia berjaya memintas ketika pemain lawan menghampirinya dan mengawal bola tersebut. Kamu pastinya memikirkan sesuatu (mengenainya).”

Jernade Meade merupakan antara pemain yang paling rendah dalam skuad Arsenal namun ini tidak meghalangnya daripada disenaraikan oleh oleh Arsene Wenger.

“Saya lebih menyukai pemain yang lebih tinggi kerana di England pemain perlu memiliki kemahiran bola tinggi yang baik. TetapiĀ  dari aspek lain yang lebih kuat, kualiti kemahiran dan kemampuan untuk bergerak pantas ke hadapan lebih utama dalam corak permainan bola sepak moden,” kata pengurus Arsenal berusia 63 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply