[PERSPEKTIF] ARSENAL PAMERKAN KAREKTER SEBENAR – WILSHERE

Jack Wilshere mengakui Arsenal bakal berdepan tugas sukar untuk meraih maksimum apabila berkunjung ke DW Stadium semalam. Namun, pemain tengah berusia 20 tahun menegaskan The Gunners mempamerkan karekter sebenar bagi meraih kemenangan ke atas Wigan Athletic sekaligus mengukuhkan cengkaman dikedudukan ke-4 Liga Perdana Inggeris.

Arsenal berjaya mencuri 3 mata berharga di gelanggang The Latics menerusi jaringan tunggal Mikel Arteta yang menyempurnakan sepakan penalti pada ke-60 selepas Theo Walcott dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Jean Beausejour.

“Kami (Arsenal) mendapat mata penuh dan menunjuk gaya permainan yang berbeza dengan prestasi sebenar kami,” kata Jack Wilshere.

“Ini merupakan tempat yang sukar dikunjungi (Wigan) di mana mereka menggunakan formasi yang aneh berbandingkan dengan kelab-kelab lain di Liga Perdana Inggeris. Mereka memberikan masalah kepada kami tetapi kami mampu mengatasinya dengan baik.”

“Kami berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan dan situasi di tempat lawan dengan menunjukkan karekter yang hebat. Kami tahu kami datang ke gelanggang yang sukar dan berjaya memperoleh hasil yang maksimum.”

“Semua pasukan utama yang ketika betandang ke sini, mereka gagal beraksi dengan baik tetapi kami berjaya melakukannya,” kata pemain berusia 20 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply