[PERSPEKTIF] ARSENAL BERUSAHA UNTUK MENGEKALKAN WALCOTT

Arsene Wenger tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas Theo Walcott terus membuktikan kewibawaannya apabila mencatat hatrik serta menghasilkan 2 assist membantu Arsenal membelasah Newcastle United di Stadium Emirates kelmarin. Penyerang berusia 23 tahun itu berdepan situasi masa depan yang tidak menentu di Arsenal selepas belum mencapai kata sepakat mengenai kontrak baru namun tidak menjejaskan fokusnya untuk terus membantu The Gunners mencatatkan kemenangan.

“Dia (Walcott) melakukan dengan baik dan itu merupakan kebiasaannya baginya apa yang saya rasa mampu lakukan,” kata Arsene Wenger.

“Dia boleh beraksi dengan baik di bahagian tengah (serangan). Saya yakin bahawa dia akan menjadi lebih kuat di sini. Secara keseluruhanya, saya gembira dengan persembahannya.”

Dalam masa yang sama, Wenger menegaskan bahawa rundingan kontrak baru Theo Walcott masih berjalan dan berharap dapat menyelesaikan situasi ini dengan segera.

“Keinginan saya untuk menyambing kontraknya untuk dia terus berada di sini dan saya berharap kami mampu melakukannya,” kata pengurus Arsenal itu.

“Saya tidak mahu berbicara mengenai situasi kontraknya, ia terlalu umum. Saya lebih suka berbicara mengenai kualiti persembahannya daripada berbicara mengenai wang (kontrak) dan spekulasi.”

Pengurus Arsenal berbangsa Perancis itu mengakui Theo Walcott sangat menyayangi Arsenal dan kelab juga menyayanginya. Kehadiran penyerang lagenda Arsenal, Thierry Henry yang menyertai sesi latihan bersama Arsenal turut membantu meningkatkan persembahan Walcott. Sehingga kini, penyerang berusia 23 tahun itu muncul penjaring  gol terbanyak Arsenal dengan 14 gol daripada 20 perlawanan dalam semua kejohanan.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply