[PERPINDAHAN] MOHAMED DIAME DIKAITKAN DENGAN ARSENAL

Arsenal terus berusaha mencari formula terbaik bagi menyelesaikan kepincangan di bahagian tengah dan pertahanan Arsenal musim ini ekoran pemergian pemain defensive midfielder berpengaruh The Gunners, Alex Song yang menyertai Barcelona pada Ogos lalu. Terbaru, Arsenal kini dikaitkan dengan pemain tengah West Ham United, Mohamed Diame untuk dibawa masuk pada jendela perpindahan Januari nanti.

Menurut laporan daripada Goal.com, Arsene Wenger dikaitkan dengan pemain tengah kental dari Senegal selepas pengerusi West Ham, David Gold mengakui bahawa pemain itu sedia untuk dilepaskan dengan klausa kontrak 3 tahunnya itu.

“Diame masih memiliki klausa kontrak selama 3 tahun. Dia menyertai kami dari Wigan Athletic secara percuma,” tulis David Golt menerusi laman twitternya.

Mohamaed Diame menyertai The Hammers secara percuma dari Wigan pada jendela perpindahan musim panas lalu dan mempamerkan persembahan yang memberansangkan bersama skuad bimbingan Sam Allerdyce termasuk dipilih selaku Pemain Terbaik Perlawanan ketika West Ham menewaskan Chelsea 3-1 hujung minggu lalu. Menurut sumber, klausa perlepasan Diame dianggarkan bernilai £4 juta dilihat cuba berbaloi dengan kualiti yang dimiliki oleh pemain tengah berusia 25 tahun itu.

Masalah kecederaan yang dialami oleh Abou Diaby menyebabkan Wenger dilihat terpaksa membawa seorang pemain tengah kental bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Diaby itu. Pemain tengah Perancis berusia 26 tahun disisihkan sejak 29 September lalu kerana mengalami kecederaan paha dan dijangka akan kembali awal tahun depan. Ketiadaan pemain defensive midfielder yang berkesan menyaksikan Arsenal gagal menyerlah musim ini.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply