[PERPINDAHAN] JAN HUNTELAAR BAKAL PENGANTI ROBIN VAN PERSIE

Di sebalik kontrak  Klaas-Jan Huntelaar (29) yang bakal berakhir pada penghujung musim ini, Arsenal dilaporkan bersedia untuk mendapatkan khidmat penyerang prolifik Schalke 04 dengan bayaran perpindahan dianggarkan bernilai £6 juta bagi menambah sengat di bahagian serangan The Gunners. Musim ini, Arsenal dilihat kurang menyengat di depan pintu gol ekoran pemergian bekas penyerang sensasi yang merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris musim 2011/12, Robin van Persie yang menyertai Manchester United pada Ogos lalu.

Meskipun Arsenal berjaya mendapatkan Lukas Podolski (27) dan Olivier Giroud (26) namun masih gagal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas kapten Arsenal itu. Selain Huntelaar, Wenger turut bersedia untuk menandatangani penyerang muda England, Wilfried Zaha daripada Crystal Palace serta mendapatkan penyerang lagenda Arsenal, Thierry Henry secara pinjaman daripada kelab Major League Soccer (MLS), New York Red Bull.

Kelibat Huntelaar berjaya memikat hati Wenger selepas penyerang berusia 29 tahun berjaya meledak 2 gol dalam kedua-dua pertemuan Liga Juara-Juara Eropah antara Arsenal dan Schalke 04.

Skuad peninjau Arsenal juga turut diterbangkan ke Jerman untuk memerhati dan menilai aksi penyerang Belanda itu dengan lebih dekat lagi. Huntelaar yang cemerlang bersama skuad kebangsaan Belanda dengan menjaringkan 34 gol daripada 59 perlawanan dilaporkan berminat untuk menyertai Arsenal.

Musim lalu, Klass-Jan Huntelaar muncul selaku penjaring terbanyak Bundesliga dengan menjaringkan 29 gol daripada 32 perlawanan. Pemain kelahiran Achterhoek, Belanda ini memiliki pengalaman yang luas dengan pernah beraksi besama beberapa kelab utama Eropah antaranya Ajax Armsterdam (2006-09), Real Madrid (2009), AC Milan (2009-2010) dan Schalke 04 (2010-kini).

Selain Arsenal, Liverpool dan Everton turut mengintai kelibat penyerang antarabangsa Belanda ini. Pengurus besar Schalke 04, Horst Heldt mengakui sukar untuk mengekalkan Huntelaar dan bersedia untuk membuka rundingan untuk kelab yang berminat mendapatkan khidmat penyerang berusia 29 tahun ini.

“Setakat ini, tidak sebarang tawaran atau petanda mengenai pemergian Klass-Jan (Huntelaar). Kami bersedia membuka rundingan dengan 6 bulan sebelum kontraknya berakhir dengan cuba mendapatkan jumlah wang yang banyak,” kata Horst Heldt.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply