[PERPINDAHAN] DEMBA BA TIDAK AKAN MENYERTAI ARSENAL

Demba Ba tidak akan menyertai Arsenal demikian tegas Arsene Wenger selepas penyerang prolifik Newcastle United itu hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates, Januari ini. Penyerang antarabangsa Senegal itu sudah meledak 11 gol dalam 19 perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini memiliki klausa tebus kontrak bernilai £7.5 juta dengan The Magpies.

Namun, Arsene Wenger tidak menyembunyikan minatnya terhadap penyerang berusia 27 tahun itu tetapi menegaskan bahawa Demba Ba tiada berada dalam senarai pembeliannya pada musim panas ini. Terdahulu, Arsenal sudah mendapatkan dua penyerang berstatus bintang, Lukas Podolski dan Olivier Giroud pada musim panas lalu.

“Saya suka (aksi) Demba Ba. Saya tidak fikir ini merupakan masa yang sesuai untuk bercakap mengenainya kerana dia akan menentang kami esok (hari ini),” kata Arsene Wenger.

“Saya tidak suka meletakkan Newcastle dalam situasi yang tidak selesa. Jika anda bertanya saya, adakah kami akan menandatangani Demba Ba? Saya akan katakan tidak.”

Sementara itu, Wenger semakin hampir untuk melengkapkan kontrak pinjaman Thierry Henry. Penyerang lagenda Arsenal itu sudah memulakan sesi latihan bersama Arsenal dan dilaporkan bersedia untuk melakukan debut ketiga bersama Arsenal. Thierry Henry menghabiskan tempoh 8 musim bersama The Gunners dengan meledak 226 sebelum berhijrah ke Barcelona pada 25 Jun 2007.

“Saya tidak pernah hilang minat untuk mendapatkannya (Henry),” kata pengurus Arsenal itu.

“Dia akan datang untuk berlatih bersama kami. (Hubungan kami) sangat rapat tetapi pada ketika dia sudah menjalani kepulangan kedua (musm lalu) dengan berjaya bersama kelab ini.”

“Kami perlu berwaspada dengan situasi ini. (Kami) belum memuktamadkan lagi tetapi saya sudah bercakap mengenai (pinjaman) dengan dia,” kata Arsene Wenger lagi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply