[PERPINDAHAN] ARSENAL, MAN UNITED MINAT REMY CABELLA

Arsenal dan Manchester United dikhabarkan bermiat menandatangani bintang muda Perancis, Remy Cabella dari juara Ligue 1 France musim lalu, Montpellier. Pemain tengah berusia 22 tahun dilaporkan bernilai £5 juta beraksi cemerlang bersama skuad utama Montpellier. Pemain yang berketinggian 1.71m ini merupakan antara prospek muda yang cemerlang dengan menjaringkan 4 gol daripada 15 perlawanan musim ini.

Musim ini, Montpellier gagal mempamerkan prestasi yang konsisten apabila sekadar menduduki tempat ke-13 selepas 15 perlawanan setakat ini selain turut tersingkir dalam saingan bola sepak Eropah. Remy Cabella memulakan karier awalnya bersama Montpellier sejak 2004 sebelum diserap ke dalam skuad utama pada musim 2009/10.

Prsesiden kelab Montpellier, Louis Nicollin menafikan khabar angin itu dengan berkata : “Ia seperti mengambil nasib kami jika melepaskan dia (Cabella) pergi.”

Alex Ferguson dilaporkan terdesak mencari penganti jangka masa panjang Paul Scholes sementara Arsenal pula masih berusaha untuk mengukuhkan bahagian tengah selepas gagal mempamerkan prestasi yang konsisten musim ini. Pengurus Arsenal berbangsa Perancis itu mahukan alternatif yang murah berbanding dengan sasaran lain yang memerlukan perbelanjaan yang besar.

Dalam masa yang sama, The Gunners juga dilaporkan mengintai khidmat pertahanan versetail yang merupakan kapten Montpellier, Yanga-Mbiwa. Pemain pertahanan berusia 23 tahun ini turut menarik minat AC Milan dan Chelsea memiliki kemampuan beraksi dengan baik di posisi bek kanan dan defensive midfielder walaupun sering diturunkan selaku pertahanan tengah.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply