[PERPINDAHAN] ARSENAL MAHUKAN PEMAIN MUDA SOUTHAMPTON

Arsenal dilaporkan bersedia untuk memikat bek kiri Southampton, Luke Shaw dengan bayaran perpindahan dianggarkan bernilai £5 juta. Pemain muda berusia 17 tahun berjaya menampilkan aksi yang memikat dalam 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini dan telah menarik minat Arsene Wenger untuk mendapatkannya. Anak kelahiran Kingston upon Thames, London ini menyertai akademi Southampton pada 2003 ketika berusia 8 tahun.

The Gunners sudah menghabiskan £27 juta untuk mendapat dua khidmat pemain muda berbakat Southampton, Theo Walcott dan Alex Oxlade-Chamberlain dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Malah, Wenger sendiri mengakui teruja dengan bakat-bakat muda kelahiran akademi bola sepak Southampton yang memiliki sistem pencari bakat dan kejurulatihan yang berkesan.

“Kami menghasilkan ramai pemain berbakat dan berkemahiran tetapi tidak seperti Southampon,” kata Arsene Wenger menurut DailyMail.com.

“Sangat luar biasa apa yang mereka sudah lakukan. Tiga pemain sayap berbakat (Gareth Bale, Theo Walcott, dan Oxlade-Chamberlain) dan Luke Shaw, itu merupakan sebahagian daripada produk mereka.”

“Persoalan mengapa akademi Southampton berjaya dibentuk dengan sangat baik kerena mereka sudah melakukan dengan cemerlang.”

“Mengapa? Ia bergantung kepada kualiti sistem pencari bakat mereka, kualiti sistem kejurulatihan dan pendidikan mereka. Mereka memiliki pencari bakat yang hebat.”

Musim panas lalu, Arsenal sudah membida untuk mendapatkan Shaw namun tawaran tersebut ditolak oleh pengerusi Southampton, Nicola Cortese. Arsene Wenger dan ketua pencari bakat Arsenal, Steve Rowley mengakui sudah memerhatikan aksi Shaw dan memiliki bakat yang lebih baik daripada Gareth Bale ketika pertama kali melihat aksinya.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply