[PERPINDAHAN] ARSENAL BERMINAT MENDAPATKAN ADRIAN LOPEZ

Arsene Wenger dilaporkan kembali menunjukan minat untuk mendapatkan penyerang Atletico Madrid, Adrian Lopez pada jendela perpindahan Januari nanti bagi menambah sengat di bahagian jentera serangan The Gunners. Sementara itu, hasrat Arsenal untuk mendapatkan khidmat bintang Barcelona, David Villa tidak kesampaian lantaran penyerang antarabangsa Sepanyol berusia 31 itu tahun mahukan gaji yang tinggi.

Dalam masa yang sama, seorang lagi pemain sasaran Arsenal, Klaas-Jan Huntelaar pula sudah menandatangani kontrak lanjutan untuk terus kekal bersama Schalke 04 sehingga 2015. Adrian Lopez Alvarez baru saja meledak gol kemenangan Atletico ketika berhadapan dengan Celta Vigo di Vicente Calderon hujung minggu lalu namun penyerang berusia 24 tahun itu memiliki klausa kontrak bernilai £15 juta.

Sementara itu, Arsenal dilaporkan semakin hampir mendapatkan penyerang Newcastle United, Demba Ba menurut stesen tv Perancis, Canal+ dengan bayaran perpindahan dianggarkan bernilai £7 juta. Penyerang berusia 27 tahun ini berdepan dengan masa depan tidak menentu di St. James Park meskipun berjaya meledak 11 gol setakat ini bersama Newcastle United.

Incoming search terms:

  • berita perpindahan arsenal
This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply