[PERPINDAHAN] ARSENAL BERMINAT DAPATKAN DENNIS PRAET

Arsenal dilaporkan bersedia untuk mendapatkan pemain muda Anderlecht, Dennis Praet yang digelar sebagai ‘The Next Eden Hazard’. Pemain berusia 18 tahun itu beraksi di posisi attacking midfielder dan memiliki kemahiran individu serta gaya permainan yang hampir serupa dengan Eden Hazard. Selain The Gunners, beberapa kelab utama Eropah termasuk Ajax Arsterdam, Inter Milan, Liverpool dan Everton berminat untuk mendapatkan khidmat pemain muda Belgium ini.

Dennis Praet merupakan pemain kelahiran Leuven, Belgium ini dilahirkan pada 14 Mei 1994 telah memulakan karier awalnya bersama K. Stade Leuven pada tahun 2000 sebelum menyertai Genk pada 2003. Pemain tengah kreatif ini juga merupakan tonggak utama skuad kebangsaan Belgium B-16, B-17 dan B-19.

Sejak menyertai kelab Liga Pro Belgium, Dennis Praet berjaya menambat hati pengurus John van der Brom untuk disenaraikan dalam skuad utama Anderlecht.

Sehingga kini, pemain yang memiliki ketinggian 1.74 m berjaya mencatatkan 17 penampilan bersama skuad utama Anderlecht dengan menjaringkan 2 gol.

Potensi besar dan kematangan yang dimiliki oleh Dennis Praet ketika beraksi bersama Anderlecht dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menarik perhatian Arsene Wenger untuk membawanya ke Emirates. Dengan memiliki rekod pembangunan pemain muda yang baik, hasrat Wenger untuk mendapatkan Praet dilihat cerah meskipun pemain muda itu memiliki kontrak jangka masa panjang bersama juara Liga Belgium sehingga 2018.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply