[PERPINDAHAN] ARDA TURAN BAKAL MENYERTAI ARSENAL?

Perancang Atletico Madrid, Arda Turan pula dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal pada penghujung musim panas ini. Pemain antarabangsa Turki  ini menjadi nadi kejayaan Atletico musim lalu dengan membantu skuad bimbingan Diego Simeone menjulang Kejuaraan Piala Europa 2011/12 dan Piala Super Eropah 2012 sejak tiba di Vicente Calderon pada 9 Ogos 2011 dengan yuran perpindahan bernilai €12 juta dari Galatasaray.

Khabar angin mengenai perpindahan Arda Turan ke Stadium Emirates ekoran kenyataan agen pemain berusia 25 tahun, Ahmed Bulut yang menyatakan pemainnya bersedia untuk meninggalkan Sepanyol pada musim panas ini. Pemain kelahiran Istanbul ini sudah memiliki 57 caps bersama skuad senior Turki dengan meledak 13 gol setakat ini.

“Arda (Turan) sudah beraksi di Atletico Madrid selama 2 musim. Saya dan Arda mahu mencuba pengalam baru dalam liga dan kelab bola sepak yang lain,” kata Ahmet Bulut kepada Turkish TV.

“Kami akan berusaha untuk menjadikannya (perpindahan dari Atletico) satu kenyataan dan Atletico sudah mengetahui hasrat kami ini. Jika semua berjalan lancar, Arda akan meninggalkan Sepanyol pada akhir musim ini.”

“Saya tidak akan menyebut liga yang menjadi tujuan Arda berikutnya. Namun yang pasti, ketika ini terdapat sekitar 5-6 kelab menunjukan minat dan Arda bersedia untuk menyertai salah satu kelab tersebut,” kata agen Arda Turan lagi.

The Gunners disebut-sebut sebagai antara destinasi pilihan playmaker Atletico Madrid ini dan Arsenal perlu menyediakan perbelanjaan bernilai £19 juta untuk menebus klausa kontraknya. Namun, Arsenal turut berdepan saingan sengit terutama daripada Liverpool lantaran Arda Turan merupakan peminat setia The Kop.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply