[LIGA MALAYSIA] SENARAI PENUH UNDIAN PIALA FA 2013

Undian-Perlawanan-Piala-FA-2013Undian Piala FA 2013 telah berlangsung di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam pada 10 Disember lalu. Sejumlah 12 pasukan masing-masing dari Liga Super dan Liga Perdana layak menyertai Piala FA musim depan bersama lima pasukan dari Liga FAM serta satu pasukan jemputan iaitu Preach Khan Reach dari Kemboja. Finalis musim lalu, Kelantan dan Sime Darby mendapat bye pada pusingan pertama namun bakal menghadapi laluan sukar pada pusingan kedua nanti.

Juara lima kali Piala FA, Selangor berdepan tugas getir pada pusingan pertama Piala FA 2013 selepas diundi bertemu juara Liga Perdana musim ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 25 Januari depan. Sementara itu, Perak turut berdepan ranjau apabila diundi bertemu dengan pasukan bintang, Darul Takzim FC di Stadium Tan Sri Hasan Yunos, Larkin.

Berikut merupakan jadual perlawanan Piala FA 2013.

Pusiangan Pertama : 25 Jan 2013

Pusingan Kedua : 26 Feb 2013

Suku Akhir Pertama : 6 April 2013

Suku Akhir Kedua : 16 April 2013

Separuh Akhir Pertama : 25 Mei 2013

Separuh Akhir Kedua : 28 Mei 2013

Perlawanan Akhir : 26 Jun 2013

Sumber : FAM

This entry was posted in Liga Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply