[LIGA MALAYSIA] GILIRAN SAFEE SALI SERTAI JOHOR

Harimau Selatan meneruskan usaha membina skuad yang mantap bagi menhadapi musim hadapa dengan mendapatkan beberapa nama-nama yang beraksi bersama skuad kebangsaan serta dua pemain import berkelas dunia, Daniel Guiza dan Simone del Nero. Terbaru, skuad Johor FA mengikat kontrak penyerang kebangsaan, Safee Sali selama setahun selepas mendapat perlepasan daripada kelabnya, Arema FC.

Penyerang berusia 20 tahun itu kini menjalankan tugasan bersama skuad kebangsaan dalam misi mempertahan kejuaraan yang dimenangi 2 tahun lalu dan merupakan tonggak skuad kebangsaan yang membantu menjulang Piala Suzuki AFF 2010 dengan menjaringkan 5 gol. Kecemerlangan Safee itu telah menarik minat kelab ISL, Pelita Jaya mendapatkan khidmatnya di mana Safee Salidan telah diumumkan sebagai kapten skuad Pelita Jaya pada 12 Oktober 2011.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Suhairi Hashim yang mengesahkan Harimau Selatan akan mengukuhkan lagi pasukan dengan mendapatkan Safee Sali secara pinjaman untuk satu musim.

“Safee bersama Johor sebagai pemain pinjaman mulai 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013.” katanya selepas bermseyuarat dengan Safee Sali di Wisma FAM yang turut dihadiri oleh Presiden PBNJ, Tunku Ismail.

Sesi tandatangan kontrak dan sidang media yang sepatutnya diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa malam telah dibatalkan selepas Safee Sali dan pengurusnya yang berada di FAM enggan ke hotel tersebut dan telah memaksa Tunku Ismail dan pegawai-pegawai dari Johor berangkat ke FAM. Tarikh tamat pendaftaran pemain Liga Malaysia adalah pada 6 Disember ini.

Sementara itu, kelab ISL Arema FC telah membuat keputusan melepaskan Safee Sali secara pinjaman kepada kelab Liga Super Malaysia, Johor musim depan bagi memberi peluang kepada pemain tempatan Indonesia dalam skuad.

“Kami ingin memberikan lebih peluang kepada Sunarto, Qishil atau Dendi untuk beraksi. Jika kami masih bergantung kepada Safee, mereka mungkin sukar mendapat peluang,” kata pengerusi Arema, Iwan Budianto menerusi laman sesawang Aremafc.com.

Namun, Iwan Budianto menegaskan bahawa kontrak Safee bersama Arema FC akan berakhir pada Februari 2014. Ini bermakna Safee masih berpeluang untuk kembali ke pasukan itu.

Incoming search terms:

  • tmj johor
This entry was posted in Liga Malaysia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply