[LIGA MALAYSIA] 5 PASUKAN YANG BAKAL MENCABAR MUSIM 2013

Saingan Liga Malaysia bakal membuka tirai pada 5 Januari ini dalam perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2013 bakal mempertemukan Kelantan dan ATM di Stadium Shah Alam, Selangor pukul 8.45 malam. Sementara itu, kesemua pasukan yang bakal bersaing dalam Liga Malaysia kini berada di fasa-fasa terakhir persiapan di mana musim 2012 menjadi milik Kelantan yang merangkul kejuaraan trebel. Berikut di senaraikan 5 pasukan yang bakal menjadi pencabar utama musim 2013.

KELANTAN

Pasukan juara bertahan ini bakal tampil berbeza musim ini tanpa dibarisi ayam tambatan Muhammad Ghaddar dan Norshahrul Idlan Talaha yang cemerlang membantu The Red Warrior meraih kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim lalu. Namun, Kelantan turut mengekalkan hampir kesemua pemain-pemain musim lalu termasuk pertahanan import Nigeria, Obinna Nwaneri dan mengikat bekas penjaring terbanyak Liga Super 2005/6 dan 2006/07, Kieta Mandjou (Guinea) selain nama besar pemain tempatan termasuk Zairo Anuar Zailani, Mohd Faiz Subri, Haris Safwan dan bekas pertahanan tengah Perak, K.Nanthakumar.

JOHOR DARUL TAKZIM FC

Pasukan ini telah melakukan transformasi dan penjenamaan semula dengan menukar nama Johor FC dan telah ditukar kepada Johor Darul Takzim FC. Skuad yang digelar Harimau Selatan ini mengejutkan ramai pihak kerana mereka berjaya membawa masuk penyerang skuad Sepanyol yang berkelas dunia iaitu Dani Guiza dan bekas pemain kelab Series A, Simone Del Nero. Pasukan ini bimbingan lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad ini bakal diperkuatkan oleh beberapa tonggak skuad kebangsaan seperti Aidil Zafuan, Mat Yo, Safee Sali, Azmi Muslim, Safiq Rahim dan Zaquan Adha.

PERAK

Skuad Seladang yang menghuni kedudukan ke-4 Liga Super musim lalu turut tampil berbeza dengan membawa masuk pengurus baru, Mohd Azraai Khor Abdullah pernah membantu Kedah meraih kejuaraan trebel selama 2 musim beturut-turut pada 2006 dan 2007. Perak bakal diperkuatkan oleh dua bekas pemain dari kelab Liga Perdana Thailand, Rafael Novais (Bangkok Glass) dan Karim Rouani (BEC Tero Sasana). Selain itu, Perak turut berjaya mendapatkan khidmat penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias serta beberapa beberapa nama-nama besar pemain tempatan antaranya Abd Hadi Yahya, S.Chanturu dan Yong Kuong Yong, V.Thirumurugan dan Mohd Khairi Kiman.

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Juara Liga Premier dan finalis Piala Malaysia musim lalu, ATM sekali lagi bakal menjadi pencabar utama kejuaraan musim 2013. Meskipun kehilangan Aidil Zaquan, Zaquan Adha dan Azmi Muslim namun ATM tidak melakukan perubahan besar dengan mengekalkan kesemua pemain musim lalu. The Gladiators akan terus dibimbing oleh B. Sathianathan dengan diperkuatkan oleh penjaring terbanyak Piala Malaysia 2012, Marlon Alex James dan pemain import dari Argentina, Bruno Martelotto selain membawa masuk bekas tonggak Negeri Sembilan, Shukor Adan.

SELANGOR

Pasukan Red Giants yang teruskan mengekalkan khidmat jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti dilihat sebagai antara pasukan pencabar musim 2013. Selnagor membawa masuk khidmat penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Francis Forkey Doe (Liberia) dari Terengganu bagi mengisi posisi Bosko Balaban yang tidak disambungkan kontrak selain mengekalkan pertahanan import Lubnan, Ramez Dyoub selaku pengurus merangkap jurulatih. Kehilangan Safiq Rahim yang menyertai Darul Takzim FC tidak memberi impak besar lantaran Selangor turut diperkuatkan oleh 3 tonggak skuad kebangsaan iaitu Mahalli Jasuli, S.Kunalan, dan Bunyamin Omar serta bekas penjaga gol kebangsaan, Sharbini Allawi.

Namun, kehadiran pasukan lain seperti pasukan jemputan dari Singapura, Young Lion XII yang dibarisi oleh sebahagian pemain skuad kebangsaan Singapura yang menjulang kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012 perlu diberi perhatian. Pasukan kelab dari Terengganu, T-Team Titans turut berubah wajah dengan dibimbing oleh Peter James Butler serta menggunakan khidmat 2 bekas pemain EPL, Caleb Folan dan George Boateng selain bekas kapten Terengganu, Marzuki Yusof, dan pemain tengah tinggi lampai, G. Mahathevan. Ayuh, kita meriahkan saingan Liga Malaysia serta menyemarakan sokongan terhadap pasukan tempatan.

Incoming search terms:

  • piala malaysia 2013
This entry was posted in Liga Malaysia and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply