[KOMENTAR] WENGER CALON TERBAIK BIMBING ARSENAL – CRUYFF

Lagenda bola sepak Belanda dan Barcelona, Johan Cruyff menegaskan bahawa Arsene Wenger adalah calon terbaik untuk terus membimbing Arsenal meskipun The Gunners gagal meraih sebarang kejuaraan sejak 7 musim yang lalu. Pemenang 3 kali anugerah Ballon d’Or percaya tindakan memecat pengurus berbangsa Perancis itu bakal mengundang kesan yang buruk kepada Arsenal kelak.

Di sebalik prestasi yang tidak menentu termasuk disingkirkan oleh Bradford daripada saingan Piala Capital One musim ini namun Arsene Wenger masih berjaya membimbing Arsenal untuk melayakan diri ke saingan 16 pasukan terbaik bertemu Bayern Munich dan kini menghuni kedudukan ke-4 Liga Perdana Inggeris di belakang Man United, Man City dan Chelsea.

“Saya tidak boleh membayangkan apabila lembaga pengarah atau penyokong-penyokong Arsenal berada dalam keraguan (terhadap Wenger),” kata Johan Cruyff.

“Saya melihat satu pencapaian yang hebat apabila Arsenal masih kekal bersaing dalam peringkat tertinggi kejohanan Eropah dan liga di England tanpa bebanan hutang.”

“Mereka tidak menilai pencapaian besar pengurus berbangsa Perancis itu. Wenger masih berkemampuan membawa Arsenal untuk kembali ke kedudukan teratas liga.”

Johan Cruyff turut mengakui kagum dengan peranan yang dimainkan oleh Arsene Wenger di Arsenal dan Sir Alex Ferguson bersama Manchester United yang memiliki falsafah yang luar biasa untuk memberi pencapaian yang hebat berbanding dengan jurulatih kelab-kelab lain di Liga Perdana Inggeris.

“Saya sangat menghormati dan kagum dengan visi dan falsafah bola sepak di Arsenal dan Man United. Kedua-dua kelab ini mengekalkan pengurus yang sama dalam tempoh 16 dan 25 tahun. Alex Ferguson bukan sahaja seorang pengurus yang mampu mengekalkan rentak persembahan yang menakjubkan tetapi turut berjaya meraih kejuaraan demi kejuaraan.”

“Dia (Ferguson) menjadi simbol keutuhan Manchester United. Dalam nada yang sama, saya turut berbicara mengenai Arsene Wenger.”

“Semua kelab-kelab besar di mana membina kelab dan membangunkan nama dalam dunia bola sepak perlu memiliki falsafah bola sepak yang kuat dalam pengurus bola sepak bagi tempoh jangka masa panjang.”

“Mereka perlu membangunkan pemain-pemain muda yang serasi dengan gaya permainan bola sepak mereka yang tersendiri.”

Bekas penyerang lagenda Belanda itu mencadangkan agar semua kelab mencontohi bagaimana Arsene Wenger berjaya mengekalkan prestasi The Gunners serta mematuhi peraturan Financial Fair Play dengan Malaga menjadi kelab pertama yang digantung oleh UEFA.

“Saya tidak melihat garis merah (defisit) di Arsenal sejak 15 tahun lalu,” tambah Cruyff lagi.

“Dan berapa banyak kelab-kelab Eropah berjaya melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eroah selama 16 musim berturut-turut di bawah satu pengurus yang sama?”

“Arsene Wenger meletakkan seluruh jiwa dan raganya untuk Arsenal. Sepanjang 16 tahun, saya tidak melihat pembelian yang tidak masuk akal oleh Wenger.”

“Ini merupakan simbol kerja keras Arsene Wenger di Arsenal dan patut dicontohi oleh setiap kelab di Eropah,” kata lagenda Barcelona berusia 65 tahun itu.

Incoming search terms:

  • calon jurulatih arsenal
This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply