[KOMENTAR] MUTU BOLA SEPAK MALAYSIA TERUS MENINGKAT – RUSH

Lagenda bola sepak Liverpool, Ian Rush melaungkan keyakinan bahawa mutu bola sepak Malaysia akan terus meningkat dalam 3-4 tahun akan datang. Bekas penyerang Wales berusia 51 tahun optimis dengan kemampuan skuad Harimau Malaya dan mengakui skuad kendalian K.Rajagopal berada dilandasan terbaik mempertahankan Piala Suzuki AFF selepas mencatatkan kemenangan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan Sabtu lalu.

“Kualiti dan kewibawaan pemain Malaysia agak bagus tetapi mereka perlu meningkatkan tempo dalam setiap perlawanan untuk menjadi sebuah pasukan yang berjaya dan digeruni oleh lawan dalam masa beberapa tahun akan datang,” kata Ian Rush selepas melancarkan Akademi Bola Sepak Liverpool di Stadium Mini Persada PLUS semalam.

Klinik bimbingan selama 10 hari itu anjuran Courts Malaysia dan diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu bertujuan mencungkil bakat muda khususnya dari sekolah rendah. Sejumlah 200 pemain muda berusia antara 10 dan 12 tahun menyertai klinik tersebut yang dikendalikan oleh tiga jurulatih iaitu Anthony Ryan, John Connors dan Dominic Price.

Mengulas mengenai klinik bimbingan itu, Rush berkata ia adalah medan terbaik untuk akademi itu meningkatkan kemahiran pemain.

“Jika anda lihat usia pemain yang terlibat dalam kem latihan ini dan apa mereka akan melalui, saya fikir ia adalah baik dari segi fizikal dan mental.”

“Secara teknikalnya (daripada pemerhatian saya), pemain muda tempatan adalah sangat baik tetapi apa yang mereka perlukan adalah untuk mempelajari¬† lebih lanjut mengenai kekuatan mental dan daya tahan lasak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Teknikal FAM Lim Kim Chon berharap bahawa klinik bimbingan itu akan menjadi medan terbaik untuk memilih pemain muda berbakat untuk diserapkan ke dalam sekolah-sekolah sukan di negara ini. -BERNAMA

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply