[KOMENTAR] CESC FABREGAS MAHU BERTEMU DENGAN ARSENAL

Cesc Fabregas berharap bahawa Barcelona diundi bertemu bekas kelabnya, Arsenal dalam saingan kalah mati 16 pasukan terbaik. Pemain tengah berusia 25 tahun pernah beraksi lebih 200 perlawanan sejak menyertai Arsenal ketika berusia 17 tahun pada 11 September 2003 dan menjadi skipper The Gunners sebelum kembali bersama dengan kelab remajanya di Catalan. Undian bagi saingan 16 pasukan terbaik bakal dilangsungkan pada 20 Disember ini.

“(Saya ingin kita untuk bermain) Arsenal, untuk kasih sayang dan hubungan dengan kelab itu, “kata Cesc Fabregas.

“Saya akan sangat teruja untuk melihat orang-orang di mana kami pernah bersama beberapa tahun. Ia bakal menjadi satu pertembungan yang istimewa.”

Selaku pemenang kumpulan G, Barcelona kemungkinan besar diundi bertemu dengan pasukan yang menduduki tempat kedua kumpulan – Arsenal, AC Milan, Porto, Shakhtar Deonetsk dan Galatasaray sebagai antara lawan yang bakal dihadapi. Fabregas turut menyatakan kegembiraan selepas Barcelona terlepas aksi bertemu dengan juara Serie A, Juventus dalam saingan 16 pasukan terbaik.

“Saya gembira dalam mengelak bertemu Juventus. Mereka merupakan pasukan terbaik di Itali dan antara pasukan terbaik di Eropah,” kata bekas kapten Arsenal itu lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply