[KOMENTAR] 5 PENJAGA GOL TERBAIK PIALA SUZUKI AFF 2012

AFF-Suzuki-Cup-2012Penjaga gol merupakan watak penting kejayaan sesebuah pasukan bola sepak di mana kecemerlangannya mampu meningkatkan keyakinan rakan-rakan sepasukan yang lain. Penjaga gol merupakan benteng terakhir menyekat gawang daripada dibolosi. Seorang penjaga gol yang baik selalunya memiliki tindakan refleksi yang pantas serta bijak membaca percubaan dan pergerakan pemain-pemain lawan. Berdasarkan Goals.com, berikut disenaraikan 5 penjaga gol terbaik Piala Suzuki AFF 2012.

1- FARIZAL MARLIAS (MALAYSIA)

farizal-marlias-aff-suzuki-cup-2012Penjaga gol berusia 26 tahun ini mengambil tempat selepas Khairul Fahmi gagal beraksi baik serta melakukan kesilapan menyaksikan Malaysia tewas 0-3 kepada Singapura pada aksi pembukaan. Kecemerlangan Farizal berjaya membantu Malaysia mara ke separuh akhir dengan menewaskan Laos 4-1 serta membenam cabaran Indonesia 2-0. Malah, penjaga gol Perak ini mempamerkan aksi cemerlang pada separuh akhir pertama menentang Thailand namun gagal membantu Harimau Malaya mara ke akhir selepas tewas 2-0 pada separuh akhir ke-2 ekoran layangan kad merah kepada Fadhli Shas.

2- KAWIN THAMSATCHANAN (THAILAND)

kawin-thamsatchanan-aff-suzuki-cup-2012Penjaga gol Muangthong United ini merupakan antara penjaga gol terbaik di Asia dengan memiliki ketinggian 1.82m dan susuk fizikal yang besar, Kawin Thamsatchanan mempunyai tindakan refleksi yang pantas dan bijak membaca pergerakan lawan. Penjaga gol utama Thailan ini hanya dibolosi 2 kali pada aksi kumpulan dan sekali ketika aksi separuh akhir menentang Malaysia. Kecemerlangan penjaga gol berusia 23 tahun ini tidak dapat dinafikan sepanjang kejohanan ini termasuk menafikan percubaan jarak dekat Safee Sali pada separuh akhir pertama.

3- IZWAN MAHBUD (SINGAPURA)

izwan-mahbud-aff-suzuki-cup-2012Ketangkasan penjaga gawang berusia 22 tahun ini menjadi faktor yang meningkat keyakinan barisan pertahanan Singapura sepanjang kejohanan ini. Bermula dengan persembahan menyakinkan ketika menewaskan Malaysia 3-0 namun kesilapan membaca sepakan percuma Andik Vermanshah ketika menentang Indonesia menyaksikan The Lions tewas 1-0 dan sekali lagi dibolosi 3 kali ketika menentang Laos. Namun, penjaga gol Lions XII ini cemerlang dengan mengekalkan rekod tanpa bolos pada aksi separuh menentang Filipina.

4-WAHYU TRI NUGROHO (INDONESIA)

wahyu-tri-nughoro-aff-suzui-cup-2012Meskipun tampil selaku pilihan kedua, namun insiden layangan kad merah kepada penjaga gol utama Indonesia, Endra Prasetya Suprapto pada aksi pembukaan menyaksi Wahyu Tri Nugroho dibawa masuk ke dalam skuad utama. Kecemerlangan ketika membantu Sang Garuda menundukan Singapura 1-0 menyaksikan penjaga gol berusia 26 tahun ini terus menjadi pilihan ketika menentang Malaysia. Namun, Wayhu Tri Nugroho gagal menyekat jaringan Mahali Jasuli dan Azzamudin Akil menyaksikan Indonesia gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir.

5-EDUARD SACAPANO (FILIPINA)

eduard-sacapano-aff-suzuki-cup-2012Di sebalik kegagalan penjaga gol utama Filipina, Neil Etheridge mendapat perlepasan daripada Fulham FC menyaksikan penjaga gol berusia 31 tahun ini mendapat tempat dalam kesebelasan utama berjaya menampilkan prestasi yang konsisten sepanjang aksi persahabatan. Pemain kelahiran Cebu itu turut beraksi baik ketika perlawanan dengan hanya dibolosi 2 kali ketika menentang Thailand serta berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos menentang Vietnam dan Myammar. Eduard Sacapano turut cemerlang sepanjang aksi separuh akhir namun gagal untuk menafikan jaringan tunggal Khairul Amri yang membawa Singapura ke perlawanan akhir.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply