[KOMENTAR] 5 PEMAIN TENGAH TERBAIK PIALA SUZUKI AFF 2012

AFF-Suzuki-Cup-2012Dalam bola sepak, pemain tengah beraksi di tengah padang di antara penyerang dan pertahanan yang berperanan merampas bola daripada pihak lawan dan mengawal serta mencipta peluang buat penyerang. Kadangkala, pemain tengah juga turut mencuri tumpuan dengan melakukan percubaan dan menjaringkan gol. Pemain tengah merupakan pemain yang memiliki kreativiti dalam mencipta gerakan dan stamina yang tinggi serta kemahiran hantaran yang baik yang menjadi nadi utama kejayaan sesebuah pasukan. Berdasarkan Goals.com, berikut disenaraikan 5 pemain tengah terbaik Piala Suzuki AFF 2012.

1-SHAHRIL ISHAK (SINGAPURA)

AFF-Suzuki-Cup-Shahril-IshakSelepas berjaya memimpin Lions XII dalam saingan Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia, Shahril Ishak meneruskan kecemerlangannya bersama Singapura memburu kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012. Dua gol menarik ketika menewaskan Malaysia pada aksi pembukaan dan 2 gol lagi ketika membantu kebangkitan The Lions membenam cabaran Laos 4-3 meletakan dia tampil selaku pesaing utama dalam perebutan anugerah Kasut Emas namun attacking midfielder ini dilihat sangat memberi ancaman terhadap pasukan lawan.

2-MUSTAFIC FAHRUDIN (SINGAPURA)

AFF-Suzuki-Cup-Mustafic-FahrudinPemain tengah naturalisasi dari Bosnia ini merupakan watak penting kepada kejayaan Singapura dalam kejohanan. Mustafic merupakan salah seorang daripada dua defensive midfielder yang melengkapkan formasi 4-2-3-1 yang digunakan oleh Radojko Avramovic yang dilihat berjaya melindungi dan mengurangkan tekanan di barisan pertahanan. Di samping itu, pemain tengah berusia 31 tahun ini turut membantu menghadirkan ancaman buat pasukan lawan menerusi hantaran berbahaya dan percubaan jarak jauhnya.

3-DATSAKORN THONGLAO (THAILAND)

datsakorn-thonglao-hariss-harun-thailand-vs-singaporePlaymaker Muangthong United telah mewarnai skuad kebangsaan The War Elephant sejak sedekad lalu. Dengan ketajaman menghasilkan hantaran berbahaya, pemain tengah berusia 29 tahun ini memiliki kemampuan mengerakan serangan dari bahagian tengah padang ke kawasan penalti pasukan lawan. Gandingannya bersama penyerang, Teerasil Dangda merupakan senjata utama pasukan Thailand dalam usaha merobek gawang lawan sehingga berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2012.

4-KEOVIENGPHET LITHTHIDETH (LAOS)

Keoviengphet-Liththideth-LaosDi sebalik pencapaian Laos yang sekadar menghuni kedudukan tercorot kumpulan B, pemain tengah Laos berusia 20 tahun ini berjaya mencuri perhatian dengan persembahan yang memikat dan bertenaga sepanjang aksi peringkat kumpulan. Keoviengphet Liththideth berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika membantu Laos mengikat Indonesia 2-2 pada perlawanan pembukaan. Pemain yang memiliki larian pantas serta memiliki sentuhan penyudah yang klinikal, Liththideth sekali menemui sentuhan gol ketika menentang Singapura.

5-MOHD SAFIQ RAHIM (MALAYSIA)

free-kick-safiq-rahim-malaysia-vs-laosKapten Harimau Malaya ini merupakan tonggak penting juara bertahan, Malaysia untuk mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012. Bangkit daripada prestasi kurang memberansangkan pada perlawanan pembukaan, Safiq Rahim berjaya memimpin Harimau Malaya membenam Laos 4-1 termasuk menjaringkan satu gol menerusi sepakan percuma yang cantik. Pemain tengah berusia 25 tahun ini sekali cemerlang menguasai bahagian tengah ketika membantu Malaysia menundukkan Indonesia 2-0 untuk mara ke separuh akhir bertemu Thailand.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply