[KOMENTAR] 2012 MUSIM GEMILANG THE RED WARRIORS

Kelantan-juara-Piala-FA-2012Musim 2012 menjadi milik Kelantan apabila meraih tiga kejuaraan utama : Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Kejayaan treble pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang ini mengulangi pencapaian Kedah pada 2007 dan 2008 serta Selangor pada 2005. Kejayaan ini pastinya mengembirakan penyokong setia The Red Warriors dan merupakan pencapaian terbaik Kelantan sejak ditubuhkan pada 1946.

Skuad bimbingan Bojan Hodak ini meraihkelantan-treble-2012 kejuaraan pertama apabila menjulang Piala FA dengan menewaskan kelab Sime Darby FC pada 19 Mei 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Jaringan tunggal penyerang import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar pada minit ke-58 menerusi sepakan penalti sudah cukup untuk menamatkan penantian 22 tahun The Red Warrior bagi menjulang kejuaraan Piala FA pertama.

Kelantan membuktikan reputasi selaku juara bertahan apabila mempertahankan kejuaraan Liga Super 2012 dengan meraih 60 mata hasil daripada 18 kemenangan, 6 seri dan 2 kekalahan sekaligus mengenepikan cabaran pasukan jemputan dari Singapura, Lions XII dan Selangor. The Red Warriors berjaya mengesahkan kejuaraan selepas membelasah Perak 6-0 pada 7 Julai 2012 meskipun jadual perlawanan Liga Super masih berbaki 2 perlawanan.

Rentak gemilang Kelantan berterusan apabila menjulang Piala Malaysia dengan mengenepikan juara Liga Perdana 2012, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam perlawanan akhir pada 20 Oktober lalu. Indra Putra Mahayudin muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan. Norshahrul Idlan berjaya meletakan Kelantan dua kali di depan pada minit ke-44 dan 50 namun berjaya disamakan oleh Rezal Zambery Yahya pada minit ke-49 dan Marlon Alex James pada minit ke-62.

Kelantan-juara-Piala-Malaysia-2012Dalam saingan Piala AFC pula, The Red Warriors berjaya mara ke suku akhir sebelum dikecewakan oleh kelab Iraq, Al-Arbil. Namun, berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh International Federation of Football History dan Statistics (IFFHS), Kelantan muncul selaku kelab terbaik di Asean dan ke-13 terbaik di Asia. Malah, ranking Kelantan berjaya mengatasi beberapa kelab EPL termasuk Swansea City, Fulham, Sunderland, West Bromwich Albion, Wigan Athletic dan Stoke City.

Persiapan Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan treble musim 2012 sedikit terganggu ekoran pemergian beberapa tonggak termasuk pemain paling bernilai Liga Malaysia 3 musim berturut-turut, Norshahrul Idlan Talaha. Selain itu, The Red Warriors turut kehilangan penyerang import, Mohammed Ghaddar serta S. Chanturu dan Nurul Azwan Roya namun masih mengekalkan hampir keseluruhan skuad musim lalu.

Bagi menambah sengat dibarisan hadapan, Kelantan telah membawa masuk Zairo Anuar Zailani dan Mohd Faiz Subri dari T-Team, Haris Safwan Mohd Kamal dari Johor FC serta K. Nanthakumar dari Perak . Selain itu, Keita Mandjou turut dibawa masuk bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohammed Ghaddar. Penyerang impot dari Guinea berusia 33 tahun merupakan penjaring terbanyak Liga Super musim 2005 dan 2006 ketika beraksi bersama Perak.

Pemain-Kelantan-vs-Kuala-Lumpur-2012Gandingan pemain sedia ada termasuk Norfarhan Muhammad (17), Badhri Radzi (14) dan Indra Putra Mahayuddin (13) berjaya menjaringkan 40% gol untuk Kelantan musim lalu. Lantaran itu, kehilangan Mohammed Ghaddar yang menjaringkan 21 gol dan Norshahrul Idlan dengan 10 musim lalu dilihat tidak akan menjejaskan mutu persembahan Kelantan meskipun turut menyumbang 40% gol bersama Kelantan.

Penghijrahan Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya dan S. Chanturu sudah tentu akan dirasakan namun kehadiran Zairo Anuar Zailani dan Mohd Faiz Subri dijangka mampu mengisi ruang yang ditinggalkan itu dengan baik. Kehadiran kehadiran Zairo Anuar Zailani dan Mohd Faiz Subri juga dilihat pilihan tepat lantaran gandingan kedua pemain tersebut berjaya menghasilkan 51.4% gol bersama T-Team musim lalu.

Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee memilih Kelantan selaku pilihan utama untuk menjulang kejuaraan Liga Super 2013. Malah, kehilangan Ghaddar dan Norshahrul Idlan jika dilihat dari aspek yang positif dapat mengurangkan kebergantungan The Red Warriors terhadap kedua-dua pemain tersebut. Namun, kebangkitan beberapa pasukan lain seperti ATM, Darul Takzim FC, Perak, Selangor dan T-Team tidak boleh dipandang sepi. Buat Kelantan, selamat maju jaya.

Incoming search terms:

  • pemain kelantan
This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply