[KECEDERAAN] LAURENT KOSCIELNY MENGALAMI KECEDERAAN

Arsenal bakal kehilangan Laurent Koscielny untuk tempoh 3 minggu selepas pertahanan antarabangsa Perancis itu mengalami kecederaan groin. Pemain pertahanan berusia 27 tahun terpaksa dikeluarkan pada minit ke-4 dan digantikan dengan Kieran Gibbs dalam perlawanan menentang Everton di Goodison Park awal pagi Khamis lalu waktu Malaysia.

“Dia (Koscielny) mengalami kesakitan groin. Kebiasanya ia mengambil masa tiga minggu (untuk pulih),” kata Arsene Wenger kepada ESPN.

Kecederaan itu menyaksikan Koscielny bakal terlepas perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Swansea City, West Bromwich Albion dan Reading serta perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2012/13 menentang Olympiakos. Arsene Wenger berharap agar pertahanan Perancis itu segera pulih dan memperkuatkan pasukan yang dihimpit prstasi yang tidak menentu.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply