[EPL] TUGAS SUKAR ARSENAL MELAYAN KUNJUNGAN SWANSEA CITY

Pertembungan Arsenal-Swansea pastinya menarik lantaran kedua-dua pasukan memiliki corak permainan yang hampir sama dengan corak permainan hantaran pendek yang tepat serta penguasaan bola yang kemas. Arsenal yang mencatatkan dua keputusan seri dalam perlawan Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa dan Everton menyaksikan The Gunners kini meghuni kedudukan ke-7 liga dengan 21 mata sementara Swansea City pula kini berada di posisi ke-8 dengan 20 mata daripada 14 perlawanan.

Arsene Wenger kehilangan Laurent Koscielny yang mengalami kecederaan paha manakala Bacary Sagna berada dalam keraguan selepas mengalami kecederaan kaki ketika perlawanan menentang Everton awal pagi Khamis lalu. Abou Diaby, Andre Santos dan Lukas Fabianski terus diketepikan lantaran belum pulih dari kecederaan.

Penyerang Swansea, Danny Graham yang mengalami illness sementara Pablo Hernandez pula mengalami kecederaan paha. Neil Taylor (buku lali), Michel Vorm (groin), Kyle Bartley (paha) pastinya terlepas aksi menentang Arsenal malam ini. Sementara itu, Chico Flores masih dalam keraguan lantaran baru pulih dari kecederaan bahu.

PERCATURAN TAKTIKAL

Arsene Wenger dijangka akan menurukan skuad terbaik dengan Wojciech Szczesny kekal selaku benteng terakhir. Thomas Vermaelen dan Per Mertesacker pula kembali digandingkan selaku pertahanan tengah dengan Carl Jenkinson bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Bacary Sagna manakala Kieran Gibbs pula kembali mengisi posisi bek kiri.

Mikel Arteta bakal bertindak selaku deep lying playmaker manakala Jack Wilshere memainkan peranan selaku box-to-box midfielder. Santi Cazorla pula terus bertindak selaku playmaker sementara Theo Walcott kekal memainkan peranan selaku pemain sayap kanan dan Lukas Podolski kembali di posisi sayap kiri. Olivier Giroud pula kekal selaku targetman bagi merobek gawang The Swans.

Di kem Swansea pula, Gerhard Tremmel terus mengambil alih posisi penjaga gawang ekoran kecederaan yang dialami oleh Michel Vorm.

Benteng pertahanan pula bakal dikemudi oleh Ashley Williams dan Chico Flores dibantu oleh Angel Rangel dan Ben Davies selaku bek kanan dan bek kiri. Pengurus Swansea City, Michael Laudrup dijangka akan menurunkan Ki Sung-Yueng selaku defensive midfielder.

Jonathan de Guzman dijangka bertindak selaku attacking midfielder manakala Leon Britton bakal memainkan peranan selaku box-to-box midfielder. Nathan Dyer dan Wayne Routledge pula akan mengancam kubu Arsenal dari bahagian sayap kanan dan kiri. Penjaring terbanyak Swansea setakat ini dengan 8 gol, Michu bakal bertindak selaku center foward.

Kedua-dua pasukan dijangka akan mengamalkan corak permainan terbuka dan hantaran-hantaran pendek yang pantas di mana bahagian tengah bakal menjadi kunci utama pergerakan perlawanan malam ini. Ki-Sung Yeung bakal memainkan peranan mengekori pergerakan Santi Cazorla sementara Leon Britton pula bakal menyaingi setiap asakan daripada Jack Wilshere.

Bahagian sayap kedua-dua pasukan pula bakal bergerak pantas menerusi counter attack sebelum pemain wide midfielder melakukan hantaran silang. Jenkinson dan Gibbs turut berdepan cabaran untuk mengekang pergerakan Nathan Dyer dan Wayne Routledge. Sementara itu, Walcott pula dijangka tidak menghadapi masalah berhadapan dengan pemain berusia 19 tahun, Ben Davies yang masih kurang pengalaman terutama dalam perlawanan penting.

BARISAN KEMUNGKINAN

Tarikh : 1 Disember 2012

Waktu : 11.00 malam (waktu Malaysia)

Venue : Stadium Emirates, London

Pengadil : Mark Clattenburg

Ramalan : Arsenal (2) vs Swansea (0)

FAKTA MENARIK

  • Pertemuang malam ini merupakan yang ke-12 dalam sejarah dengan 7 dimenangi oleh Arsenal dan 4 menjadi milik Swansea serta 1 berakhir dengan keputusan seri.
  • Arsenal berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 4 perlawanan terakhir namun hanya mencatatkan satu kemenangan serta 3 seri.
  • Swansea pula mengharungi 5 perlawanan terakhir tanpa kalah dengan mencatatkan 2 kemenangan dan 3 seri termasuk ketika menentang Chelsea dan Liverpool.
  • Arsenal hanya berjaya mencatatkan 3 kemenangan, 4 seri dan 2 kekalahan dalam 9 perlawanan terakhir di Stadium Emirates.
  • Kali terakhir Swansea City menewaskan Arsenal pada Februari 1982.
  • The Gunners berjaya memenangi kesemua 5 perlawanan terakhir yang dikendalikan oleh Mark Clattenburg.
  • Arsenal merupakan satu-satunya pasukan dalam Liga Perdana Inggeris yang tidak dibolosi dalam 15 minit terakhir perlawanan.
  • Sejak Ogos 2011, Arsenal memenangi 71% perlawanan jika Aaron Ramsey disenaraikan dalam kesebelasan utama berbanding dengan 40% jika Ramesy tidak bermula dalam kesebelasan utama.
  • Musim lalu, Andrey Arshavin berjaya menjaringkan gol kemenangan 1-0 Arsenal ke atas Swansea hasil kesilapan Michel Vorm pada minit ke-40 di Stadium Emirates.
  • Penyerang Swansea, Michu menjaringkan 4 gol daripada 6 tandukan tepatnya.
  • Theo Walcott bakal melakukan penampilan ke-100 bersama Arsenal jika diturunkan menentang Swansea malam ini.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply