[CORETAN] THEO WALCOTT TERLEPAS PELUANG MEMBINTANG FILEM HARRY POTTER

Pemain sayap Arsenal, Theo Walcott ditawarkan membintangi filem Hollywood dalam siri filem popular, Harry Potter yang diadaptasi daripada hasil karya JK Rowling. Namun kontrak dan kewajipannya bersama Arsenal menjadi penghalang meskipun Walcott sangat teruja untuk menerima tawaran tersebut. Keluarga Walcott telah melakukan cameo pada 2007 dalam filem Harry Potter and the Order of the Phoenix.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menghalang hasrat Walcott menerima tawaran itu lantaran terpaksa meninggalkan banyak sesi latihan dan perlawanan bersama The Gunners. Pemain kelahiran Stanmore, London ini berkemungkinan beraksi dalam babak permainan Quidditch, permainan khas dalam filem Harry Potter menyerupai permainan bola sepak.

“Ibu saudara saya, Yvonne yang bakal bertunang dengan pengarah filem Harry Potter, David Yates. Jadi ini merupakan peluang membintangi filem Harry Potter and the Order of the Phoenix, kemungkinan untuk bermain Quidditch,” kata Theo Walcott kepada The Sun UK.

“Malangnya, dengan komitmen latihan (bersama Arsenal) menyebabkan saya tidak dapat melibatkan diri dalam filem itu. Ibu dan bapa saya serta adik saya, Ashley turut melakukan kemunculan dalam filem tersebut.”

“Saya beberapa kali bersua muka dengan Daniel Radcliffe dan seorang yang baik hati. Saya berjumpanya menonton Equus di panggung,” kata pemain antarabangsa England itu lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply