[BULETIN] USMANOV MAHU HENRY MEMAINKAN PERANAN DI ARSENAL

Alisher-Usmanov-Arsenal-shareholderJutawan Russia, Alisher Usmanov mahu penyerang lagenda Arsenal, Thierry Henry menyertai staf kejurulatihan Arsenal. Pemegang saham kedua terbesar Arsenal itu dengan memiliki 29% saham mengatakan Thierry Henry seharusnya memainkan peranan yang lebih besar dari sekadar menjadi pemain pinjaman. Penyerang berusia 35 tahun itu dikaitkan dengan kepulangan ke Stadium Emirates sepanjang tempoh cuti pra-musim Major League Soccer (MLS).

Penyerang lagenda Arsenal itu bersama agennya, Darren Dein yang merupakan anak kepada bekas naib pengerusi Arsenal, David Dein telah diundang oleh Usmanov ke Moscow selaku tetamu jemputan. Alisher Usmanov yang memiliki hubungan rapat dengan David Dein masih berusaha untuk menguasai saham yang lebih besar dan mengambil alih kelab bagi memudahkan usahanya untuk membangunkan Arsenal.

“Saya tidak mempunyai kekuatan dalam membuat sesuatu keputusan¬† di kelab ini tetapi ada beberapa pemain yang boleh saya hubungi,” kata Alisher Usmanov.

Thierry-Henry-back-on-Arsenal-training-session-Dec-2012“Pilihan saya pastinya Thierry Henry. Dia seharusnya terlibat di kelab bukan sebagai pemain. Dia harus memainkan peranan lain, peranan yang lebih penting.”

“Sebagai contoh, Patrick Vieira di Manchester City. Dia merupakan lagenda Arsenal tetapi dia telah membantu kelab lain. Kami seharus mengelakkan perkara itu terjadi kepada Thierry.”

“Kehadiran seorang juara dapat mengubah jiwa pasukan ini secara lebih hebat. Itulah yang ditunjukkan oleh Thierry (Henry) tahun lalu ketika kembali ke Arsenal.

“Namun, saya rasa kepulangan itu hanya akan memberi hasil sekali sahaja. Itulah sebab jika keputusan kepulangan itu hanya menjadi milik Thierry Henry,” kata Usmanov lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply